Harian Metro

SESAL TAK SUDAH

Budak tujuh bulan maut dihempap runtuhan dinding rumah dirempuh MPV

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

> “Selalunya masa buat air pun saya dukung dia. Kalau saya tahu perkara ini nak jadi, saya dukung dia pagi tadi (semalam) walaupun dia sedang tidur,” kata Zulfairuh Ismail, 35, ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut ditimpa runtuhan dinding rumah selepas dirempuh sebuah kereta. Nurul Ain Farisha Md Zainuddin sedang tidur di hadapan televisyen di ruang tamu rumah ketika kejadian jam 7.45 pagi semalam, lapor Izlaily Nurul Ain Hussein

“Selalunya saya buat air pun saya dukung dia. Kalau saya tahu perkara ini nak jadi, saya dukung dia pagi tadi walaupun dia sedang tidur,” kata Zulfairuh Ismail, 35, ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut ditimpa runtuhan dinding rumah selepas dirempuh sebuah kereta, semalam.

Suri rumah itu berkata, kebiasaan anak bongsunya, Nurul Ain Farisha Md Zainuddin tidak tidur lama pada waktu pagi namun berbeza pagi semalam apabila anak tunggal perempuann­ya itu tidur menyebabka­n dia meletakkan anaknya itu di hadapan televisyen di ruang tamu.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Matrix dipandu seorang wanita yang baru menghantar seseorang di rumah jiran di seberang jalan tiba-tiba bergerak laju memasuki kawasan rumah mangsa.

Kenderaan itu melanggar sebuah motosikal dan merempuh dinding rumah hingga runtuh.

“Ketika itu saya yang berada di depan rumah melihat sebuah kereta bergerak perlahan sebaik menghantar seseorang di rumah jiran di seberang jalan sebelum ia tiba-tiba melulu memasuki pekarangan rumah, melanggar motosikal suami dan berhenti sebaik melanggar dinding rumah.

“Sebaik dinding runtuh, saya cuba mendapatka­n Nurul Ain yang tidur di belakang dinding tetapi sudah terlambat. Hanya sedikit saja jarak saya untuk mendapatka­n anak namun, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa apabila bongkah batu dinding rumah sudah menimpa anak saya.

“Saya hanya nampak kakinya sahaja ketika itu dan terus mengangkat bongkah batu yang sudah menimpanya manakala satu lagi tangan menahan bongkah lain yang hampir terjatuh,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, seorang jiran warga Pakistan kemudian datang ke rumah membantuny­a mengangkat Nurul Ain yang ketika itu sudah berdarah di hidung dan telinga dengan mata terbuka, tetapi tidak menangis.

Zulfairuh berkata, dia tidak akan lupa saat apabila Nurul Ain melambaika­n tangan ke arah suaminya, Md Zainuddin Razmi, 31, sebelum tidur pada malam sebelum kejadian.

Katanya, pada usia tujuh bulan, anaknya masih belum pandai melambai tangan namun saat Nurul Ain melambai tangan ke arah ayahnya amat menyentuh hati.

“Saya pelik juga apabila dia melambai tangan ke arah suami ketika hendak masuk tidur, sedangkan dia belum pandai berbuat apa-apa kerana baru berusia tujuh bulan. Tetapi, saya tidak fikir itu tanda dia hendak meninggalk­an kami buat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Md Zainuddin yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pelabuhan berdekatan berkata, dia baru lima minit keluar rumah untuk membeli sarapan sebelum ke tempat kerja.

“Saya terkejut apabila jiran telefon dan beritahu ada kereta melanggar rumah. Saya terus pulang ke rumah, tetapi ketika itu anak saya sudah dibawa ke klinik oleh seorang jiran Pakistan, namun klinik tutup.

“Saya kemudian terus mendapatka­n anak saya yang ketika itu masih bernyawa dan membawa ke hospital,” katanya sedih tetapi dalam masa sama reda atas apa yang berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN dinding yang roboh dirempuh kereta, semalam. ZULFAIRUH mendukung Nurul Ain.
KEADAAN dinding yang roboh dirempuh kereta, semalam. ZULFAIRUH mendukung Nurul Ain.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia