Harian Metro

MELECUR ‘MAIN’ BOTOL PETROL

Budak kalut tanggal seluar melecur 30 peratus

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

“Mujur ketika kejadian saya melalui taman permainan itu kerana ingin pulang ke rumah sebelum melihat anak cuba menanggalk­an seluar selepas melecur di belakang badan, pinggang, kedua-dua belah tangan dan muka.”

Begitu kata Mohd Zahiruddin Zakaria, 42, menceritak­an detik cemas anaknya Muhammad Naufal Zafran Mohd Zahiruddin, 7, yang melecur 30 peratus pada bahagian badan akibat disambar api ketika bermain minyak petrol di sebuah taman permainan kanak-kanak di Taman Jelutong, Kuala Nerang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.35 petang, mangsa bersama seorang lagi rakannya berusia tujuh tahun menemui botol berisi minyak petrol di dalam longkang berdekatan taman permainan itu.

Difahamkan, ketika kejadian rakannya kebetulan bermain mancis yang ditemui bersama botol itu menyebabka­n minyak petrol terbakar dan menyambar Muhammad Naufal sementara rakannya tidak cedera.

Bapanya, Mohd Zahiruddin Zakaria, 42, berkata, dia menyedari kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal melalui taman permainan itu.

Menurutnya, ketika itu, dia melihat Muhammad Naufal cuba menanggalk­an seluar selepas melecur di bahagian belakang badan, pinggang, kedua-dua belah tangan dan muka.

“Ketika itu api masih menyala, manakala badan anak saya melecur teruk dan berbau minyak petrol.

“Saya terus membawanya pulang ke rumah sebelum menghantar­nya ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan namun dipindahka­n ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kerana parah,” katanya ketika ditemui di HSB, di sini, semalam.

Mohd Zahiruddin yang bekerja sebagai pemandu di Hospital Kuala Nerang berkata, anaknya murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang yang dirawat di Unit Rawatan Kebakaran HSB akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

Katanya, minyak petrol itu dipercayai ditinggalk­an pekerja yang menjalanka­n kerja-kerja memotong rumput di kawasan taman itu sebelum ini. Sementara itu, ibunya, Noor Hamiza Che Man, 40, berkata, anaknya keluar bermain di taman permainan itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya selepas pulang dari sekolah.

“Sebelum kejadian, Muhammad Naufal keluar bermain di taman permainan itu dengan hanya memakai seluar sekolah tanpa baju,” katanya.

“Suami saya juga membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa anak kami di Balai Polis Kuala Nerang semalam,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superinten­dan Amran @ Mohamad Zaki Omar mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa menemui botol berisi minyak dan mancis di taman permainan itu dan bermain sebelum terbakar.

“Tiada unsur jenayah dan mangsa kini dirawat di HSB,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Naufal dirawat di hospital.
MUHAMMAD Naufal dirawat di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia