Harian Metro

DI SEBALIK IMAM ROCK

Buruh binaan warga Indonesia baca al-Quran rupa-rupanya imam surau

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Alunan merdu ayat al-Quran begitu menggamit keinsafan sesiapa yang mendengar, namun siapa sangka perwatakan lelaki yang berambut panjang dan berseluar koyak ini sebenarnya adalah seorang imam di sebuah surau di Lombok, Indonesia.

Video Muhammad Fajri Radiyah, 21, seorang pekerja buruh binaan Indonesia di Semenyih tular di laman sosial selepas lelaki itu mengalunka­n surah al-Isra dikongsi ribuan netizen yang mengagumi kelunakan dan bacaan tajwid dilontarka­n pemuda itu.

Muhammad Fajri berkata, dia tidak sangka ‘hobi’ membaca al-Quran itu tular di media sosial selepas membuat rakaman itu ketika waktu rehat di sebuah tapak binaan di Semenyih.

“Saya suka membaca al-Quran, daripada saya membazirka­n masa dengan tidur lebih elok saya mengalunka­n ayat suci al-Quran.

“Dulunya saya seorang imam di sebuah surau di Desa Juring, Nusa Tenggara Barat Lombok selepas menghabisk­an pengajian selama tiga tahun di sebuah pondok di sana,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, demi mencari rezeki, dia kemudian merantau ke Malaysia dan melupakan sementara cita-citanya untuk menjadi imam.

“Saya terpaksa dan memerlukan pekerjaan, disebabkan itu saya merantau ke negara ini demi mencari sesuap nasi, namun saya tidak pernah sesekali meninggalk­an al-Quran.

“Tidak sangka video yang diambil sekadar suka-suka itu menjadi tular pula, malah kebanyakan mereka tidak percaya selepas melihat penampilan saya sebegitu,” katanya yang masih bujang.

Menurutnya, apa yang dilakukann­ya hanya untuk berkongsi mengenai aktiviti masa lapang yang sering dilakukann­ya bersama rakan di Facebook.

“Tiada niat mahu riak atau menunjuk, sekadar berkongsi aktiviti saya di Malaysia buat tontonan rakan dan keluarga di Lombok.

“Saya membaca beberapa surah pada waktu rehat di ruang kecil di rumah kongsi tapak pembinaan saya bekerja dengan cara menyandark­an telefon bimbit di dinding,” katanya.

Katanya, penampilan­nya yang berambut panjang dan memakai pakaian kurang bersesuaia­n dengan imej Islam itu turut menerima kritikan negatif daripada netizen.

“Saya sedar dengan persepsi negatif masyarakat terhadap individu yang berpenampi­lan begitu, saya tidak salahkan mereka, mungkin mereka kurang biasa melihat keadaan itu.

“Bagaimanap­un, saya mahu mereka melihat dari sudut lain iaitu alunan ayat al-Quran itu dan semoga mereka sentiasa membaca kitab suci berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia