Harian Metro

RAKAN KONGSI DAJAL

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

> Kerana terikat dengan hutang, seorang lelaki mualaf terpaksa merelakan dirinya menjadi hamba abdi yang bekerja siang dan malam tanpa dibayar gaji. Dia dianiaya rakan niaganya sendiri yang memaksanya meminjam wang daripada along sebelum dijadikan buruh paksa bagi melangsaik­an hutang itu. Dia sentiasa dikawal ketat dan dikurung selama lapan bulan sebelum diselamatk­an rakannya, baru-baru ini, lapor Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

 Mualaf diculik, dipaksa kerja tanpa gaji di bengkel besi buruk

Hampir lapan bulan diperlakuk­an sebagai hamba abdi di sebuah bengkel besi buruk tanpa gaji kerana terikat dengan hutang akhirnya seorang mualaf, Saad Kong nekad melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Saad atau nama asalnya Kong Kon Teck, 50, yang ditempatka­n di sebuah bengkel besi buruk di satu kawasan industri di Sepang, Selangor melarikan diri dengan bantuan rakan kira-kira jam 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Beliau yang juga seorang guru tuisyen berkata, kejadian menimpanya itu bermula selepas dia berkenalan dengan seorang lelaki yang menghantar anaknya untuk mengikuti kelas tuisyen dikendalik­annya beberapa tahun lalu.

Menurutnya, hubungan baik yang terjalin dengan lelaki itu membawa kepada perkongsia­n perniagaan namun usaha sama yang dijalankan itu tidak berjalan seperti dirancang.

Saad berkata, akibatnya mereka kerugian hingga tidak mampu membayar sewa kedai selama beberapa bulan dan pemilik kedai yang disewa menyaman mereka serta membawa kes itu ke mahkamah.

“Tunggakan itu dianggarka­n lebih RM30,000. Rakan niaga saya itu memaksa saya membayarny­a sedangkan saya tiada wang sebanyak itu.

“Disebabkan saya gagal membayar, sekumpulan lelaki dipercayai ada hubungan dengan rakan niaga saya datang ke rumah sebelum membelasah dan menculik saya pada 23 Disember lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dibawa ke pejabat peguam dan diminta mengaku untuk membayar hutang tunggakan itu dengan meminjam daripada along dengan kadar faedah RM2,500 sebulan.

“Mereka menawarkan hutang berjumlah lebih RM30,000. Untuk melangsaik­an hutang itu saya disyaratka­n bekerja di satu bengkel besi buruk di Sepang selama tiga tahun iaitu sehingga 2020 tanpa bayaran,” katanya kepada Harian Metro.

Saad berkata, dia terpaksa bersetuju dengan tawaran rakan niaganya itu kerana jika enggan, ahli keluarga dan perniagaan kelas tuisyennya diganggu.

“Walaupun sedar akan mengalami pelbagai kesusahan, saya pasrah kerana beranggapa­n itulah balasannya sebagai orang yang tak membayar hutang,” katanya.

Katanya, dia dibawa ke satu bengkel besi buruk di Sepang pada hari sama dengan menggunaka­n teksi.

“Sejak itu bermulalah hidup saya seperti buruh paksa. Saya diarah mengasingk­an besi dan perlu bekerja dari jam 7 pagi hingga malam setiap hari tanpa cuti.

“Setiap hari saya cuma diberi makan nasi berlauk ikan sardin serta tinggal dalam kontena bersama empat pekerja lain.

“Bengkel itu dikawal 24 jam. Pada sebelah pagi ada penyelia mengawasi kami manakala pada sebelah malam, ada pengawal keselamata­n bertugas,” katanya.

Saad berkata, sejak berada di bengkel itu, dia tidak pernah ternampak atau berjumpa dengan rakan niaganya itu hinggalah pada 31 Julai lalu, lelaki berkenaan datang dan memaksa dia menukar syarat pinjaman along terbabit dari tiga tahun kepada lima tahun.

“Katanya, tempoh dua tahun hanya untuk membayar bunga, manakala selebihnya bayaran hutang. Mereka mengugut untuk mencederak­an anak lelaki saya yang menuntut di sebuah universiti swasta sekiranya tidak mahu mengikut arahan itu.

“Malah, mereka mula memberi tekanan kepada saya dengan tidak dibenarkan solat dan dipaksa meminum arak,” katanya.

Tidak tahan dengan tekanan, Saad menghubung­i rakannya selepas berjaya meminjam telefon bimbit daripada seseorang dan meminta diselamatk­an.

“Saya tidak lagi mahu menjadi buruh paksa di bengkel itu untuk tempoh lebih empat tahun lagi dan saya juga risau dengan keselamata­n anak,” katanya.

Selepas diselamatk­an rakannya, Saad membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Kajang dan kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, polis mengesahka­n sudah menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung dakwaan lelaki itu.

 ??  ?? Lelaki mualaf dikurung, dijadikanb­uruh
paksa
Lelaki mualaf dikurung, dijadikanb­uruh paksa
 ?? FOTO: KHAIRUL HELMY ?? SAAD menunjukka­n gambar rajah cara bersolat yang dilukis dalam usaha mendalami Islam sepanjang dia dikurung. NOTA catatan sepanjang berpuasa pada Ramadan lalu ketika menjadi hamba bengkel.
FOTO: KHAIRUL HELMY SAAD menunjukka­n gambar rajah cara bersolat yang dilukis dalam usaha mendalami Islam sepanjang dia dikurung. NOTA catatan sepanjang berpuasa pada Ramadan lalu ketika menjadi hamba bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia