Harian Metro

ADIK MENJERIT SURUH BERENANG SUAMI TAKUT DILAMBUNG OMBAK

- Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Dungun

Nelayan yang dapat menyelamat­kan diri selepas berenang ke darat apabila bot dinaiki bersama empat orang lagi terbalik di muara Kuala Dungun, di sini, mendakwa dia sudah menjerit supaya mereka turut berenang mengikutny­a.

Mohd Shazrin Yaccob, 33, berkata, dia sempat menjerit supaya empat yang lain termasuk abangnya, Mohd Nazri, 37, berenang ke darat apabila pegangan mereka pada bot yang terbalik itu terlepas selepas dipukul ombak buat kali kedua.

“Saya berenang hampir tiga jam sebelum tiba di darat. Saya kemudianny­a melaungkan nama mereka agar berenang ke arah saya, tetapi sudah tidak kelihatan kelibat mereka,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, bot yang mereka naiki terbalik selepas dipukul ombak ketika mahu memasuki muara Kuala Dungun.

Semua mereka yang tercampak ke laut pada mulanya sempat berpaut pada bot terbabit, tetapi hilang pegangan selepas dipukul ombak buat kali kedua sebelum empat nelayan hilang.

Sebelum kejadian, mereka bersama 15 lagi nelayan menaiki sebuah bot besar yang berpangkal­an di Marang dalam perjalanan untuk berehat di muara Kuala Dungun.

Akibat air cetek, bot itu tidak boleh masuk ke Kuala Dungun dan kemudian berlabuh di luar muara serta terpaksa menggunaka­n bot gentian kaca untuk memunggah mereka.

Lima nelayan berkenaan menjadi kumpulan pertama yang menaiki bot gentian kaca itu untuk masuk ke kuala berkenaan.

Selain Mohd Nazri, tiga lagi nelayan yang hilang ialah

Che Mohd Afendi Ismail, 34, Abd Wahab Zakaria, 40, dan Mohamad Zawawi Mohamed, 27.

Sementara itu, seramai 30 ahli keluarga empat nelayan yang hilang berkumpul di Pantai Kuala Dungun, di sini, menantikan hasil pencarian pasukan mencari dan menyelamat.

Ada antara mereka tiba sejak jam 12 tengah malam semalam sebaik menerima berita mengenai kejadian terbabit.

Pelbagai agensi turut berada di lokasi bagi membantu keluarga mangsa antaranya Majlis Perbandara­n Dungun (MPD) yang memasang khemah untuk mereka berteduh serta Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) yang menyediaka­n makanan.

 ??  ??
 ??  ?? CHE Mohd Afendi Ismail
MOHD Zawawi Mohamed
MOHD Nazri Yaccob
ABDUL Wahab Zakaria
CHE Mohd Afendi Ismail MOHD Zawawi Mohamed MOHD Nazri Yaccob ABDUL Wahab Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia