Harian Metro

2 mayat di pusat sembelih ayam

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Hayat dua bersaudara yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah pusat penyembeli­han ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, di sini, berakhir dalam keadaan kejam apabila mereka ditetak sehingga mati.

Lebih memilukan, mayat mereka ditemui dalam sebuah bilik tidur kecil yang dikunci dari luar, semalam dan dipercayai dibunuh sejak dua hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Syed Mohd Fazril Syed Mohd Ridhuan, 24, dan bapa saudaranya, Wan Amir Abu Hassan, 48, ditemui berlumuran darah dengan kesan tetakan di seluruh badan serta tilam tempat tidur mereka berlumuran darah.

Misteri kehilangan mereka hanya disedari jam 1 tengah hari semalam apabila anak pemilik pusat penyembeli­han itu membuka pintu bilik selepas seorang wanita warga emas yang tinggal bersebelah­an mendakwa terhidu bau busuk.

Wanita itu yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia menyangka bau busuk berkenaan bangkai kucing miliknya.

Katanya, namun selepas mencari di sekeliling rumah, dia terhidu bau busuk dari dalam premis terbabit sebelum menghubung­i pemiliknya.

“Saya pusing satu rumah, tapi tak jumpa. Selepas itu saya pergi ke sebelah

(pusat penyembeli­han ayam) dan dari celah dinding itu saya hidu bau sangat busuk lalu menghubung­i pemilik pusat sembelih ini dan anaknya yang datang membuka pintu,” katanya ketika ditemui, di sini. Sementara itu, pemilik premis yang enggan dikenali berkata, dia cuba menghubung­i telefon bimbit kedua-dua mangsa

sejak Selasa lalu namun gagal.

“Kebetulan jiran hubungi saya dan minta check (periksa dalam premis) kerana bau busuk datang dari dalam pusat penyembeli­han dan saya minta anak ke sini.

“Tak lama kemudian, anak saya memaklumka­n mereka (mangsa) berdua ditemui mati dalam bilik kecil yang dijadikan tempat tidur mereka,” katanya sambil menyatakan kedua-duanya sudah bekerja di pusat penyembeli­han itu selama tiga tahun.

 Kedua-dua mangsa hilang dua hari hanya ditemui selepas bau menusuk hidung

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat dua pengawal keselamata­n yang ditemui mati dalam bilik tidur (gambar kecil) di pusat penyembeli­han ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan Klang.
ANGGOTA polis mengangkat mayat dua pengawal keselamata­n yang ditemui mati dalam bilik tidur (gambar kecil) di pusat penyembeli­han ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia