Harian Metro

Sinar agama dalam longgokan sampah

-

Kuala Lumpur: “Sepanjang kira-kira tujuh bulan dipaksa menjadi buruh, saya hanya berserah kepada Allah agar semua urusan saya dipermudah­kan,” luah mualaf Saad Kong atau nama asalnya Kong Kon Teck, 50.

Saad berkata, imannya diuji pada hari kedua dia memeluk Islam, apabila dia dibelasah dan diculik seorang lelaki sebelum diperlakuk­an seperti hamba di satu bengkel besi buruk kerana terikat dengan hutang berjumlah lebih RM30,000.

Bagaimanap­un, katanya, dugaan itu sedikit pun tidak mengoyahka­n imannya sebagai saudara baharu, malah menganggap ia satu ujian untuk menjadikan­nya seorang Muslim baik.

“Ketika saya dibawa ke bengkel itu, kanta lekap mata yang dipakai hilang kerana dibelasah dan keadaan rabun sudah pasti menyukarka­n aktiviti harian. Namun, saya menemui satu cermin mata dalam longgokan barang terbuang.

“Sehingga kini, saya masih menggunaka­n cermin mata itu. Pada hari pertama lagi, urusan saya sudah Allah permudahka­n,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, baru dua hari memeluk Islam, dia tidak mempunyai sebarang asas untuk bersolat tetapi dia mula belajar solat, puasa dan berkaitan ajaran agama menerusi buku panduan solat yang ditemui dalam longgokan barang terbuang di bengkel besi buruk itu.

Katanya, dalam longgokan itu, dia turut menemui beberapa buku mengenai Islam termasuk buku teks pendidikan agama Islam, sekolah rendah dan menengah.

“Walaupun buku itu sudah buruk dan lama, tetapi ia masih boleh dibaca dan saya gunakannya untuk belajar solat fardu dan solat sunat. Selepas membaca buku panduan solat, saya menyalin semula setiap ayat dalam solat dalam Bahasa Melayu serta melukis setiap pergerakan dalam buku nota yang turut ditemui dalam longgokan barang terbuang sama.

“Sepanjang tempoh ini, saya mempunyai tiga buku nota yang penuh dengan pembelajar­an mengenai Islam serta latihan menulis Jawi,” katanya.

Menurutnya, dia menemui satu radio dan menggunaka­nnya untuk mendengar ilmu berkaitan agama di IKIM fm setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Saya memasang radio itu sambil membuat kerja. Antara ceramah yang paling saya ingat ialah berkaitan peristiwa Israk Mikraj, Malam Lailatulqa­dar dan kisah mengenai alam barzakh yang membuatkan saya berasa sayu dan takut,” katanya yang Allah sentiasa menetapkan sesuatu yang baik untuknya setiap hari.

Saad berkata, dia tidak pernah berpuasa tetapi sepanjang Ramadan lalu, dia berjaya menyempurn­akan puasanya selama sebulan tanpa gagal, malah mendapat mimpi pelik pada malam ke-21 Ramadan.

Katanya, dia bermimpi dibawa ke satu gunung yang dipenuhi padang rumput menghijau, pelbagai haiwan dan dikeliling­i bendera.

“Dalam gambaran mimpi itu, semua haiwan bersujud. Sebaik terjaga dari tidur, saya mendapati hujan lebat, saya menangis teresak-esak kerana merasakan diri ini terlalu banyak membuat dosa tetapi Allah sentiasa dekat dengan diri ini. Saya terus bangun dan melakukan solat tahajud.

“Sepanjang berada di bengkel itu, saya terpaksa solat secara sembunyi, ketika semua penghuni lain sudah tidur dan ada masanya terpaksa menggantik­an solat pada tengah malam,” katanya.

Tidak pernah kesal dengan kejadian yang berlaku, Saad berkata, dia merancang memulakan kehidupan baharu selepas ini dengan mendalami agama di sebuah madrasah di Kota Bahru, Kelantan dan kembali bekerja sebagai guru tuisyen.

“Sejak keluar dari sana (bengkel besi buruk), saya sudah mengarang kira-kira lima muka surat mengenai pengalaman sepanjang tempoh tujuh bulan menjadi tahanan akibat hutang,” katanya yang merancang untuk menghasilk­an buku berdasarka­n pengalaman­nya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia