Harian Metro

Hidup sihat gaya zumba

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Sertai acara senaman Watsons di MyTown, Sunway Velocity hujung minggu ini

Debaran semakin dirasai menjelang

Watsons Move

Your Body 2017 dengan kerancakan Zumba Tour yang berlangsun­g meriah di Johor dan Melaka minggu lalu.

Bermula di Jatomi Fitness

City Squares, Johor Bahru hampir 100 peserta bersemanga­t memulakan hari mereka dengan menari mengikut rentak muzik yang diketuai Peggy Kua dan kumpulanny­a.

Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah mereka walaupun menari dalam keadaan studio yang padat.

Selepas bertemu peminat zumba di Johor Bahru, pasukan Zumba Tour berkunjung ke Dataran Pahlawan Megamall di Melaka untuk bersenam dan menari bersama.

Alunan muzik yang kuat dan menghiburk­an turut menarik perhatian pejalan kaki di sekitar kawasan

itu untuk turut serta memeriahka­n suasana.

Zumba Tour diadakan sempena acara tahunan Watsons Move Your Body Zumba

2017 yang bakal kembali buat kali keempat pada 21 Oktober ini di Sunway Lagoon Surf Beach.

Penganjura­n aktiviti ini bukti inisiatif Watsons Malaysia menarik orang ramai mengamalka­n gaya hidup sihat mencapai matlamatny­a.

Ia selari dengan usaha Watsons yang sentiasa berusaha menjalanka­n kempen memperkasa­kan kesihatan dan kecantikan

setiap rakyat seiring slogan Look Good, Feel Great.

Watsons Move Your Body

Zumba 2017 juga acara ikonik dianjurkan bagi menghargai sokongan pelanggan setia Watsons selama ini.

Orang ramai dan ahli

VIP Watsons mendapat potongan harga tiket 20

peratus apabila mereka membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian dalam Watson Move Your Body Zumba 2017.

Sementara itu, peminat zumba di sekitar Lembah Klang bersedia kerana Zumba Tour akan berada di MyTown jam 3 petang dan Sunway Velocity jam 11 pagi esok dan lusa.

Jangan lepaskan peluang ini dan ikuti laman rasmi Facebook Watsons Malaysia untuk mengetahui perkembang­an terkini mengenai lokasi Zumba

Tour, tarikh serta waktu bagi maklumat lanjut program.

 ??  ?? PESERTA Zumba Tour rancak menari mengikut rentak muzik di Johor dan Melaka.
PESERTA Zumba Tour rancak menari mengikut rentak muzik di Johor dan Melaka.
 ??  ?? PESERTA Zumba Tour yang menyokong program Watsons Move Your Body 2017.
PESERTA Zumba Tour yang menyokong program Watsons Move Your Body 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia