Harian Metro

Terjerat tawaran model

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 2 wanita Rwanda dikurung sindiket, dipaksa jadi pelacur

Dua wanita warga Rwanda serta seorang dari Uganda sanggup meninggalk­an negara mereka semata-mata dijanjikan bayaran lumayan hasil pekerjaan sebagai model peragaan di negara ini.

Bagaimanap­un, impian menikmati kemewahan berakhir duka apabila ketiga-tiganya diperdaya sindiket pemerdagan­gan manusia sebelum dipaksa melacur sejak berbulan lalu.

Ketiga-tiganya yang berusia 30-an dikurung di Apartmen Magnaville di Selayang sebelum diselamatk­an Unit Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) Bukit Aman, semalam.

Mereka diselamatk­an hasil serbuan jam 10 pagi diketuai Ketua Penolong Pengarah ATIPSOM Asisten Komisioner Maszely Minhad. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Bersindike­t) Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pemeriksaa­n pada pasport semua mangsa mendapati mereka masuk ke negara ini awal tahun ini menggunaka­n pas lawatan sosial dan dalam proses memohon permit pelajar.

“Berdasarka­n keterangan, mereka dikurung di apartmen terbabit dan dipukul serta diugut sekiranya enggan menuruti arahan sindiket yang membawa mereka masuk ke negara ini.

“Malah, mereka seakan-akan terikat apabila dikatakan berhutang RM29,963 (AS$ 7,000) dengan sindiket terbabit bagi tambang perjalanan dari kampung halaman masing-masing serta perbelanja­an berkaitan.

“Bagi menyelesai­kan hutang itu, mereka dipaksa bekerja mengikut arahan,” katanya.

Menurut beliau, serbuan dibuat hasil maklumat awam serta risikan.

 ??  ?? SERBUAN di sebuah apartmen menempatka­n wanita warga Afrika yang juga mangsa eksploitas­i seks.
SERBUAN di sebuah apartmen menempatka­n wanita warga Afrika yang juga mangsa eksploitas­i seks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia