Harian Metro

Rindu ayah bawa ke mati

-

Klang: “Beberapa hari lalu, Ain (Siti Nur Ain) tidur di pangkuan saya sambil membelek album lama. Dia kata rindu ayah yang berada di Pahang,” kata Lijah Rose, 53, ibu remaja perempuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Sri Junjung, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, motosikal ditunggang Siti Nur Ain Abdullah, 15, dan dibonceng anak saudaranya Ahmad Affiq Zulkifli, 6, melanggar belakang motosikal lain sebelum kedua-duanya terjatuh di atas jalan.

Difahamkan, Siti Nur Ain yang terjatuh sebelah kanan jalan dilanggar kereta dari arah bertentang­an, manakala Ahmad Affiq parah di kepala kini ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Lijah berkata, dia tidak menyangka itu kali terakhir dapat memanjakan anak bongsu daripada empat beradik.

Menurutnya, Siti Nur Ain menyuaraka­n rasa rindu terhadap bapanya yang kini menetap di Kuantan, Pahang sejak beberapa hari lalu.

“Sejak saya dan suami bercerai, Ain tinggal bersama saya di sini, dan jarang bertemu ayahnya.

“Tak sangka dia pergi dalam keadaan begini berikutan dia seorang anak yang baik dan sering membantu saya. Malah, sebelum kejadian saya minta Ain menghantar Affiq ke tadika tidak jauh dari sini,” katanya.

Katanya, dia terkilan kerana meminta Siti Nur Ain tidak ke sekolah untuk menjaga dan membantuny­a disebabkan tidak sihat, semalam.

 ??  ?? LIJAH ditenangka­n ahli keluarga selepas selesai bedah siasat jenazah Siti Nurul Ain (gambar kecil) di HTAR, semalam.
LIJAH ditenangka­n ahli keluarga selepas selesai bedah siasat jenazah Siti Nurul Ain (gambar kecil) di HTAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia