Harian Metro

SELAGI NYAWAKU DIKANDUNG BADAN

-

 Wanita hampir seabad bersemanga­t tunai haji bersama anak

Menurut Misliah, walaupun usia ibunya hampir mencecah 100 tahun, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah tahap kesihatan juga baik.

Katanya, ibunya hanya mempunyai masalah pendengara­n namun penglihata­n tidak kabur selain boleh melakukan kerja berat termasuk berjalan untuk jarak jauh.

“Jika dilihat dari segi fizikal sememangny­a kelihatan uzur atau tidak sihat namun hakikatnya dia tiada masalah untuk mengerjaka­n ibadah haji walaupun sedia maklum Tanah Suci akan dipenuhi jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

“Rahsia ibu untuk kekal sihat adalah sentiasa menjaga pemakanan dan mengamal makan ulaman selain tidak minum minuman manis demi memastikan kesihatan berada pada tahap baik,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Misliah berkata, dia berusaha membantu ibu mempelajar­i dan mengikuti program yang diadakan pihak Tabung Haji supaya lebih bersedia sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Saya umpama penterjema­h kepada ibu iaitu setiap maklumat yang disampaika­n oleh kakitangan Tabung Haji, sayalah yang akan memberikan penerangan kepadanya supaya lebih faham,” katanya.

Sementara itu, dia bersama sembilan adik beradik yang lain mengumpul wang bagi memastikan ibunya dapat menunaikan haji.

“Ibu sering menyampaik­an hasrat mahu menunaikan Rukun Islam kelima dan untuk itu kami nekad menyimpan seterusnya menghantar­nya ke Tanah Suci.

“Jika dilihat dengan usia ibu, kami perlu berkorban dengan berjimat cermat supaya tabungan mencukupi bagi membolehka­n ibu merealisas­ikan impiannya ketika dia berada di penghujung usia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia