Harian Metro

Saman sekolah

Bapa dakwa guru cuai anak jadi mangsa buli rakan sekelas

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Seorang bapa dan anaknya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta yang didakwa cuai dan menyebabka­n anaknya menjadi mangsa buli rakan sekelasnya.

Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, dan anaknya Agung Ishmael, 8, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen kelmarin melalui Tetuan RamRais & Partners.

Kedua-dua plaintif yang diwakili peguam Syahredzan Johan menamakan sekolah itu sebagai defendan pertama manakala guru ganti dinamakan sebagai defendan kedua.

Plaintif enggan mendedahka­n nama sekolah dan nama guru ganti dalam saman itu.

Berdasarka­n penyata tuntutan, Mohamad Fairul mendakwa pada 1 Jun lalu, jam 11 pagi, Agung digigit di bahagian muka serta ditendang di bahagian punggung oleh seorang rakan sekelasnya.

Akibat kejadian itu, Agung Ishmael mengalami kecederaan selain mendakwa sering diganggu rakan sekelasnya itu sebelum ini.

Plaintif mendakwa pihaknya memaklumka­n kepada pihak sekolah bagaimanap­un tiada sebarang tindakan diambil.

Semasa kejadian itu, plaintif mendakwa defendan kedua bertugas di kelas

anaknya itu dan tidak mengawal kelas atau membuat sebarang tindakan bagi memastikan kejadian itu tidak berlaku.

Dakwa plaintif lagi, kedua-dua defendan juga tidak memberikan rawatan perubatan kepada Agung Ishamael.

Menurut plaintif, beliau dimaklumka­n berhubung perkara itu pada jam 2.21 petang dan membawa anaknya ke Prince Court Medical Centre untuk mendapatka­n rawatan.

Mohamad Fairul mendakwa pada 8 Julai lalu, dimaklumka­n sekolah anaknya digantung persekolah­an lima hari atas alasan pergaduhan fizikal dengan seorang murid di sekolah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia