Harian Metro

SPRM geledah 7 lokasi

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeleda­h tujuh lokasi bagi menyiasat salah laku berkaitan perlombong­an haram bauksit di Kuantan, Pahang.

Menurut sumber, antara kawasan yang digeledah pejabat pelabuhan Kuantan, pejabat kastam sertasyari­kat yang dikaitkan dengan aktiviti itu.

“Pelbagai dokumen termasuk borang berkaitan kastam, penyata bank, dokumen eksport serta komputer riba dirampas untuk siasatan lanjut.

“Lokasi lain yang digeledah di rumah semua suspek dan SPRM merampas dokumen seperti akaun bank, bagi tujuan siasatan,” katanya.

Menurut sumber, SPRM menghantar permohonan bagi menyekat pengambila­lihan harta mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM 2009.

“Seramai 18 saksi iaitudarip­ada pemandu lori yang membawa muatan bauksit haram, pengurus, penyelia syarikat serta kerani syarikat diambil keterangan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahya mengesahka­n perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penahanan sembilan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan dan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung salah laku berkaitan perlombong­an haram bauksit di Kuantan.

Mereka direman tujuh hari bermula semalam di Mahkamah Majistret Kuantan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n.

Semua suspek berusia 29 tahun hingga 59 tahun ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 selepas disyaki menerima rasuah melindungi aktiviti perlombong­an haram.

 ??  ?? ANGGOTA SPRM membawa sembilan kakitangan PTG yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombong­an bauksit haram di Komplek Mahkamah Kuantan, semalam.
ANGGOTA SPRM membawa sembilan kakitangan PTG yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombong­an bauksit haram di Komplek Mahkamah Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia