Harian Metro

Dah nikah sejak 23 Julai

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 Ummi Nazeera adakan majlis tertutup, percepat tarikh atas permintaan keluarga

Pelakon popular, Ummi Nazeera, 27, mengesahka­n dia sudah melangsung­kan pernikahan dengan lelaki pilihan keluargany­a, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, pada majlis tertutup, 23 Julai lalu.

Tarikh itu lebih awal daripada tarikh asal pernikahan yang sepatutnya berlangsun­g di sini, malam tadi.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainulabad­in, dia mengambil keputusan mempercepa­tkan majlis itu bagi menghormat­i permintaan keluarga.

“Saya mengaku bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan diadakan lebih awal,” katanya ketika majlis meraikan pasangan itu, malam tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzam­an Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail menghadiri majlis itu.

Ummi Nazeera sah diijabkabu­lkan dengan Dr Mohd Izzar yang berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman bapa saudara Ummi Nazeera, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Khutbah nikah disampaika­n Imam Besar Masjid Wilayah Datuk Rashidy Jamil Al-Rashid.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Ummi Nazeera menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala jumlah mas kahwin dirahsiaka­n.

Kedua mempelai merancang untuk berbulan madu di

Sabah dan

Switzerlan­d tidak lama lagi.

Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan esok dan 12 Ogos ini.

Mereka mengikat tali pertunanga­n pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenal­kan oleh ibu Dr Mohd Izzar pada 29 Januari 2016.

 ??  ?? UMMI bersama Izzar.
UMMI bersama Izzar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia