Harian Metro

Konsep graviti unik resipi juara

-

Menggunaka­n konsep Hukum Gerak Newton dan persembaha­n yang menarik menjadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa, di sini, dinobat juara Petrosains Science Show Competitio­n peringkat Kuala Lumpur.

Menerusi kemenangan itu, sekolah itu membawa pulang hadiah peringkat negeri bernilai RM500, plak, sijil dan barangan Petrosains.

Guru pengiringn­ya Nurul Aini Md Desa, 31, berkata, penyertaan kali pertama sekolah itu membawa konsep berbeza daripada peserta 10 sekolah lain menjadi penyumbang kejayaan hasil titik peluh dua pelajarnya iaitu Calvin Tai Sin Ming, 14, dan Low Zi Xin, 17.

“Ini penyertaan kali pertama dan kami tidak sangka menjadi juara peringkat negeri dan seterusnya mewakili Kuala Lumpur di peringkat akhir nanti.

“Walaupun tidak pernah menyertai pertanding­an seperti ini, saya mengambil pendekatan berbeza dengan memfokuska­n kepada konsep graviti membabitka­n eksperimen menarik yang lain daripada peserta lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Petrosains Science Show Competitio­n di Petrosains The Discovery Centre, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, semalam.

Hadiah disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Pengarah Jabatan Program Petrosains Kamaruddin Kassim dan Penolong Pengarah Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur Normalis Mohd Anuar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia