Harian Metro

Laut bergelora sukarkan SAR

-

Dungun: Cuaca berangin dan laut bergelora mencecah 2.5 meter menyukarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat nelayan yang hilang selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik di muara Kuala Dungun, di sini, malam kelmarin.

Ketua Zon II Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azmi Abdul Rahim berkata, pelbagai pendekatan dilakukan pihak termasuk pencarian membabitka­n selaman Unit Skuba.

“Kita menumpukan pencarian mangsa berkenaan di kawasan bot gentian kaca yang ditemui pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Pantai Kuala Dungun.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an semua empat nelayan yang hilang itu dapat ditemui dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik dibadai ombak.

Ketua Polis Daerah

Dungun Supertinte­ndan Ahmad Zailani Yaacub pula berkata, bot gentian kaca yang digunakan semua mangsa itu ditemui jam

10.30 pagi sekitar 100 meter dari lokasi kejadian.

“Operasi pencarian dipergiatk­an antaranya membabitka­n pasukan selaman, pencarian menggunaka­n bot, rondaan pesisir pantai selain dibantu penduduk kampung.

“Operasi diteruskan semula jam 8 pagi tadi (semalam) membabitka­n 70 anggota termasuk daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk lain selain daripada bot gentian kaca ditemui itu.

“Bagaimanap­un, usaha pencarian dipertingk­atkan membabitka­n pencarian sejauh lima kilometer di sekitar lokasi kejadian.

“Kita juga mendapatka­n nasihat daripada nelayan lama yang biasa dengan keadaan laut di sini,” katanya.

Sementara itu, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur turut menggerakk­an dua kapal bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat mengesan empat nelayan yang hilang.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, dua kapal itu ialah KD Bagagak dan Penggalang 17 digerakkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia