Harian Metro

Rintihan suami jadi kenyataan

-

Dungun: “Dua hari lalu, dia (suami) ada hubungi saya dan beritahu tidak mahu lagi turun ke laut kerana bimbang akan kehilangan nyawa berikutan keadaan laut bergelora,” kata Mimi Sharmila Hussain, 22, isteri kepada Mohamad Zawawi Mohamed, 27, nelayan yang hilang selepas bot gentian kaca dinaikinya bersama empat lagi rakan terbalik di muara Kuala Dungun, malam kelmarin.

Mohamad Zawawi, seorang daripada empat nelayan yang dikhuatiri lemas selepas seorang daripada mereka berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke daratan.

Mimi Sharmila hanya menganggap suaminya bergurau ketika itu tetapi lelaki itu bersungguh­sungguh memberitah­u takut bekerja sebagai nelayan.

“Pada hari kejadian, dia ada telefon jam 3 petang dan saya hanya sempat tanya khabar sekejap saja, lepas itu anak ambil telefon untuk berbual dengannya.

“Selepas itu, dia (Mohamad Zawawi) beritahu dia letih dan ingin tidur dan sekali lagi beritahu dia takut kerana laut kuat bergelora,” katanya ketika ditemui di Pantai

Kuala Dungun, di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik mendapat tahu kejadian Mohamad Zawawi hilang selepas bot dinaikinya terbalik, dia cuba menghubung­i suaminya itu tetapi gagal.

“Saya harap biarlah dia ditemui segera tidak kiralah hidup atau mati,” kata ibu kepada seorang anak berusia dua tahun itu.

Selain Mohamad Zawawi, tiga lagi nelayan yang hilang ialah Che Mohd Afendi Ismail, 34, Mohd Nazri Yaccob, 37, dan Abd Wahab Zakaria, 40.

Seorang lagi nelayan, Mohd Shazrin Yaccob, 33, yang turut sama menaiki bot berkenaan terselamat selepas berjaya berenang ke darat.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, bot mereka naiki terbalik selepas dipukul ombak ketika mahu memasuki muara Kuala Dungun.

Semua mereka yang tercampak ke laut pada mulanya sempat berpaut pada bot terbabit tetapi hilang pegangan selepas dipukul ombak buat kali kedua sebelum empat nelayan terbabit hilang.

Sebelum kejadian, mereka bersama 15 lagi nelayan menaiki bot besar yang berpangkal­an di Marang dalam perjalanan untuk berehat di muara Kuala

Dungun.

Akibat air cetek, bot itu tidak boleh masuk ke Kuala

Dungun dan kemudian berlabuh di luar muara serta terpaksa menggunaka­n bot gentian kaca untuk memunggah mereka.

Lima nelayan berkenaan menajdi kumpulan pertama yang menaiki bot gentian kaca itu untuk masuk ke kuala berkenaan.

Sementara itu, Siti

Zaharah Harun, 62, ibu kepada Che

Mohd Afendi pula berkata, anaknya itu amat gembira dan teruja apabila mendapat tahu isterinya, Siti Nur Shuhada, 22, bakal melahirkan anak perempuan.

Menurutnya, anaknya itu tidak sabar untuk pulang serta membawa dan menjual hasil tangkapan bagi menampung kos bersalin isterinya itu.

“Dia ada beritahu rakan baiknya dia akan dapat anak perempuan ketika mereka berhubung melalui

WhatsApp beberapa hari lalu,” kata ibu kepada 10 anak itu.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu anaknya 22 hari lalu dan sempat berbual selepas Che Mohd Afendi menghubung­inya memaklumka­n ingin ke laut.

“Tak tahulah apa nasib anak yang bakal lahir itu jika sesuatu terjadi kepada anak saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia