Harian Metro

Termenung di tempat kerja

-

Tasek Gelugor: “Tiada perubahan ketika arwah keluar pagi tadi, tetapi saya diberitahu dia asyik termenung di tempat kerjanya sejak beberapa hari lalu,” kata Ishak Jab, 64, susulan isterinya, Noriza Mat, 54, maut selepas motosikal ditunggang­nya dirempuh lori ais yang terbalik di Kubang Menerong, dekat sini, semalam.

Ishak berkata, isterinya yang bekerja sebagai tukang cuci tidak meninggalk­an sebarang pesan ketika keluar dari rumah mereka di Simpang Tiga, dekat sini, jam 7.30 pagi.

“Oleh kerana hujan, saya menasihatk­an dia memakai baju hujan sebelum bertolak dan dia menurut nasihat saya.

“Namun, lebih sejam kemudian, saya mendapat maklumat mengatakan isteri kemalangan dan kejadian itu dimuat naik dalam Facebook yang kebetulan dilihat seorang daripada anak saya yang berada di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Hospital Kepala Batas (HKB).

Kejadian dikatakan berlaku apabila lori ais dari Kepala Batas terbalik akibat satu daripada tayarnya pancit lalu menggelong­sor di atas jalan.

Pada masa sama, Noriza yang menunggang motosikal Yamaha dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah bank di Kepala Batas tidak sempat mengelak lalu dirempuh lori terbabit sebelum dia dan motosikaln­ya terhumban ke dalam parit kering di bahagian kiri jalan.

Berikutan itu, Noriza maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala pemandu lori berusia 20-an cedera dan dikejarkan ke HKB.

Ishak berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik diberitahu mengenai kejadian itu dan cemas apabila mendapati jentera bomba serta ambulans berada di tepi jalan.

“Saya nampak jasad berbalut kain putih dalam parit lalu membuka bahagian muka dan ternyata mayat itu isteri saya. Tiada kecederaan pada wajahnya kecuali kesan luka pada bibir,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam mengesahka­n kejadian itu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa jasad Noriza yang maut dalam kemalangan di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, semalam.
ANGGOTA bomba memeriksa jasad Noriza yang maut dalam kemalangan di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia