Harian Metro

Rakam aksi mandi bogel

-

 Pengusaha inap desa mengaku aibkan penyewa lapan sekeluarga didenda RM10,000

Perbuatan tidak bermoral pengusaha inap desa merakam aksi lapan penghuni kediamanny­a yang mandi dalam keadaan bogel pada 2014 terbalas apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, semalam.

Lim Lai Heng, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan mangsa.

Tertuduh didakwa merakam mangsa yang mandi di tingkat atas premis inap desanya menggunaka­n kamera litar tertutup (CCTV) mini dengan niat hendak mengaibkan mereka di Ipoh Garden Homestay di No 31, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning, di sini, antara jam 2.30 petang dan 11.30 malam, 27 Julai 2014.

Mangsa yang juga satu keluarga dari Melaka terdiri daripada lima perempuan serta tiga lelaki berusia antara 17 hingga 53 tahun pada masa kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid dihadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar, manakala tertuduh diwakili Dexter Mah.

Tertuduh menghadapi tiga pertuduhan iaitu bagi kes pertama dan kedua membabitka­n enam mangsa dan dia didenda RM8,000 serta enam bulan penjara jika gagal membayar.

Manakala bagi kes ketiga membabitka­n dua mangsa lain pula, dia didenda RM2,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar.

Lim membayar keseluruha­n denda RM10,000 yang dikenakan.

Ahli perniagaan terbabit didakwa pada 1 Oktober 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan namun dia dibebas dan dilepaskan daripada semua pertuduhan itu pada 25 November 2015.

Pihak pendakwaan bagaimanap­un membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini dan mahkamah pada 27 Julai lalu membuat keputusan mengarahka­n tertuduh membela diri dalam prosiding semalam selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes

Lim bagaimanap­un mengaku bersalah dan memohon mahkamah tidak menjatuhka­n hukuman penjara, tetapi hanya mengenakan denda kerana dia menyesal dengan perbuatann­ya serta mengalami kerugian selepas kes berkenaan mendapat liputan media.

 ??  ?? LIM dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh,
semalam.
LIM dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia