Harian Metro

Remaja didakwa perkosa tiga adik

-

Sungai Petani: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menangis sebaik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas empat pertuduhan memperkosa dan mencabul tiga adik perempuann­ya, Julai lalu.

Tertuduh yang berpakaian lokap ungu, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol adiknya berusia lapan tahun lapan bulan di sebuah rumah, di sini, pada 19 Julai lalu, jam 8 malam.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap adiknya berusia 14 tahun dua bulan, di sebuah rumah, di sini, pada 21 April lalu, jam 9 malam.

Tertuduh seterusnya didakwa memasukkan jari ke kemaluan dua adik kandungnya berusia 14 tahun dua bulan dan 10 tahun tiga bulan, masing-masing pada 18 dan 14 Julai lalu, jam 11 pagi dan 9 malam.

Timbalan Pendakwa Raya J Geeta yang melakukan pendakwaan membantah jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira hubunganny­a dengan mangsa dan dibenarkan mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan pelantikan peguam bela.

Johor Bahru: Selepas seminggu mengaku bersalah atas lima pertuduhan liwat dan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun, penjaga kolam udang menukar pengakuann­ya di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh berusia 24 tahun itu menukar pengakuann­ya kepada tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibaca semula jurubahasa mahkamah terhadapny­a di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi berasingan di Mersing antara April tahun lalu hingga bulan lalu.

Bagi empat pertuduhan pertama, dia didakwa meliwat dan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa berusia 11 tahun, manakala pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa kedua berusia tujuh tahun.

Pada 24 Julai lalu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan selepas menerima pengakuan tertuduh, mahkamah menetapkan semalam untuk menjatuhka­n hukum, namun tertuduh menukar pengakuann­ya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 September ini.

 ??  ?? REMAJA dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, semalam.
REMAJA dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, semalam.
 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia