Harian Metro

RM10j baik pulih pagar

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Pemegang konsesi LPT belanja RM1j setiap tahun tangani vandalisme

Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad membelanja­kan RM10 juta untuk membaik pulih dan memasang semula pagar keselamata­n di beberapa kawasan di lebuh raya itu sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 2004 sehingga tahun lalu.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, perangkaan dibuat pihaknya mendapati sejak lebuh raya itu dibuka kepada orang ramai, pihaknya membelanja­kan RM1 juta setiap tahun bagi membaik pulih aktiviti vandalisme dilakukan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Namun sejak 2010 hingga tahun lalu pihak kami hanya membelanja­kan RM4 juta untuk membaiki kerosakan pagar keselamata­n yang sebahagian besar berpunca daripada aktiviti pemotongan pagar oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Nik Fauzi berkata, pihaknya mengesan aktiviti vandalisme yang sering berlaku di kawasan sepanjang laluan dari Temerloh hingga Kuantan dan mengambil langkah proaktif dengan membaiki kerosakan pagar itu segera sebaik menerima laporan.

Beliau berkata, ANIH Berhad turut melaksanak­an pelbagai usaha seperti program kesedaran untuk memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai kepentinga­n menjaga pagar keselamata­n yang dipasang daripada sebarang aktiviti vandalisme.

“Pihak kami ada memberikan pendedahan kepada penduduk berhubung kesan merosakkan pagar keselamata­n. Selain itu, ANIH Berhad turut mengambil langkah kawalan dengan melakukan pemantauan lebih kerap di lokasi dikenal pasti sering berlaku penceroboh­an (pagar) bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Justeru, pihaknya turut memperkena­lkan inisiatif memasang gegelung dawai berduri bagi mengelak individu tidak bertanggun­gjawab menceroboh dan merosakkan pagar yang sudah dibaiki.

Katanya, isu penceroboh­an dan merosakkan pagar keselamata­n LPT bukan perkara baru, malah ia sudah dibincang bersama penternak haiwan untuk memantau haiwan ternakan mereka selain mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti pegawai daerah dan polis bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Mengulas tindakan diambil sebaik mengesan kerosakan pada pagar keselamata­n dipasang, Nik Fauzi berkata, proses membaik pulih pagar secara sementara akan dilakukan segera oleh pasukan peronda trafik.

“Ketika ini pagar yang diguna pakai berketingg­ian 1.5 meter daripada jenis dawai besi bersalut PVC (polivinil klorida) dan tiang konkrit bersaiz 100x100 mm berketingg­ian 1,950 mm.

“Sebagai contoh, apabila pagar berkenaan berlubang ia akan diganti dengan

baru, bagi tiang pagar yang patah pula batang kayu akan digunakan. Bagi pagar yang rosak disebabkan binatang, ANIH Berhad akan menambah kawat duri di sekitar kawasan pagar diro- sakkan,” katanya.

Menurutnya, namun proses pembaikian kekal akan dijalankan selepas beberapa proses dilakukan bermula dengan notis pemberitah­uan kerosakan dikeluarka­n oleh penyelia sebelum kerja pembaikian dijalankan subkontrak­tor dilantik.

Nik Fauzi turut menasihati orang ramai supaya sedar tindakan vandalisme seperti memotong pagar keselamata­n boleh menyebabka­n pengguna lebuh raya terdedah risiko kemalangan dengan haiwan ternakan dan meminta mereka menghentik­an perbuatan itu.

 ??  ?? PETUGAS ANIH Berhad membaiki pagar keselamata­n yang dirosakkan.
PETUGAS ANIH Berhad membaiki pagar keselamata­n yang dirosakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia