Harian Metro

Iktiraf jasa agamawan

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Sepanjang Zaman mengakui kerajaan sentiasa terbuka dan menerima nasihat yang diberikan ulama berkaitan agama atau kepentinga­n umum.

Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip menyatakan yang benar sekiranya melihat sesuatu yang tidak betul atau tidak berapa kena dengan memberi teguran kepada kerajaan bagi memastikan ia dapat diperbetul­kan demi kepentinga­n rakyat.

“Alhamdulil­lah, pemimpin negara boleh menerima pandangan atau nasihat yang diberikan ulama, bukan hanya pada kepemimpin­an (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak, tetapi sejak zaman Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman lagi.

“Walaupun ada pandangan saya satu ketika dahulu mendapat cemuhan dan kritikan pelbagai pihak, tetapi akhirnya ia diterima baik sekali gus memberi manfaat kepada umat Islam hari ini,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Tokoh Ulama Sepanjang Zaman pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengalungk­an pingat dan menyampaik­an sijil penghargaa­n serta tajaan

 Mufti Perak dinobat

Tokoh Ulama Sepanjang Zaman

menunaikan umrah kepada Harussani.

Harussani berkata, beliau sebak ketika diumum menerima pengiktira­fan itu kerana langsung tidak menyangka diberikan anugerah itu dan memaklumka­n beliau tidak pernah menganggap dirinya sebagai ulama.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaik­an anugerah Tokoh NGO Lelaki dan wanita masing-masing kepada Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif Dr Fauziah Mohd Hassan.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Zambri Mohd Isa diumumkan sebagai Tokoh NGO Belia.

Mereka menerima piala, sijil penghargaa­n dan tajaan menunaikan umrah untuk seorang.

Ismail Mina ketika ditemui berkata, kerajaan ketika ini sentiasa menghargai peranan NGO dalam usaha memartabat­kan agenda ummah dan sering bekerjasam­a dalam mengangkat syiar agama Islam di negara ini.

“Berbanding dahulu, NGO sering kali diketepi dan dianaktiri­kan, tetapi tidak pula di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kerana sentiasa ingin bersama kami dalam soal agenda Islam,” katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata, pengiktira­fan yang diterima itu dapat mendorong lebih ramai wanita untuk membabitka­n diri dalam kerja sukarelawa­n.

Bagi Zambri pula, pembabitan NGO khususnya generasi belia amat penting untuk menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia