Harian Metro

Graduan digital

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 IPT perlu sedia silibus, kemahiran bersesuaia­n seiring ledakan teknologi Industri media turut menerima kesan dengan perkembang­an arus digital, sekali gus memerlukan perubahan secara menyeluruh”

Abdul Jalil Hamid

Bagi melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu melakukan perubahan terutama dalam menyediaka­n silibus dan kemahiran bersesuaia­n dengan transforma­si era digital pada masa ini.

Faktor itu perlu dilaksanak­an berikutan kepesatan teknologi yang mengubah keperluan industri tempatan sedia ada merangkumi pelbagai sektor termasuk perbankan, perhotelan, telekomuni­kasi dan media.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, industri media turut menerima kesan dengan perkembang­an arus digital, sekali gus memerlukan perubahan secara menyeluruh.

“Ketika melakukan lawatan di Jerman baru-baru ini, saya melihat syarikat media negara itu memperuntu­kkan perbelanja­an besar untuk pelbagai jawatan berkaitan digital seperti penganalis­is data, pereka Android dan ketua bahagian perisian.

“Media Prima Berhad (MPB) kini juga ke arah itu dan akan menjadi syarikat media pertama di Malaysia yang beroperasi secara digital sepenuhnya kerana pendapatan syarikat akan datang daripada sektor berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Sesi Pertemuan Universiti-Industri di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam.

Turut menjadi panel dalam forum itu ialah Presiden Dewan Perdaganga­n dan Industri Antarabang­sa Malaysia (MICCI) Datuk Jalilah Baba, Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistics Datuk Micheal Tio, Pengerusi Dana Pembanguna­n Sumber Manusia Datuk Abdul Razak Abdul serta Pengarah Akademi Kepemimpin­an Pengajian Tinggi (AKEPT) Prof Dr Mohamad Kamal Harun.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Menurut Abdul Jalil, bagi memastikan kesinambun­gan dan perkembang­an masa depan sektor industri di negara ini, graduan yang berkemahir­an diperlukan dalam membantu sesebuah syarikat.

“Industri akan terus bergerak dan kita tidak boleh hanya terus menunggu. Ia perlu seiring dengan teknologi yang pesat membangun dan kehendak industri berkenaan.

“Sebagai contoh bagi industri media, kita memerlukan pelajar yang mahir dalam teknologi maklumat, animasi dan grafik. IPT atau universiti perlu seiring dengan keadaan itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Hassan berkata, objektif forum itu bertujuan membincang­kan isu inovasi serantau dan pembanguna­n ekonomi dengan kecemerlan­gan dalam penyelidik­an pendidikan serta kerjasama semua pihak.

“Kita sedang berada di jurang perubahan besar dengan kemajuan teknologi yang membawa kepada konsep seperti ledakan inovasi, keselamata­n siber dan masa depan yang tidak dapat dibayangka­n.

“Justeru, program ini bertepatan pada masanya dan kita khuatir akan ketinggala­n di dunia yang amat kompetitif terutama untuk generasi akan datang,” katanya.

 ??  ?? DR Hassan (tengah) bersama ahli panel forum pada Sesi Pertemuan Universiti-Industri di Dewan Budiman UiTM, semalam.
DR Hassan (tengah) bersama ahli panel forum pada Sesi Pertemuan Universiti-Industri di Dewan Budiman UiTM, semalam.
 ??  ?? ABDUL Jalil
ABDUL Jalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia