Harian Metro

Lindungi anak muda ‘makan’ dakyah militan

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Pendedahan laporan betapa proses indoktrina­si ideologi kumpulan radikal Daish dalam menarik golongan muda menyertai perjuangan mereka boleh berlaku dalam masa tiga hari saja cukup mengejutka­n semua pihak. Walaupun selama ini kita sedar kumpulan militan ini sering mensasar golongan muda untuk menyertai mereka dalam pelbagai cara, tetapi kita tidak sangka proses itu boleh berlaku begitu pantas dan cepat. Apakah ini bermaksud kumpulan ini benar-benar hebat dalam meracuni pemikiran golongan muda ataupun daya tahan anak muda kita sebenarnya yang terlalu lemah dan mudah dipengaruh­i militan. Apapun jawapannya kita perlu mengambil tindakan segera untuk melindungi anak muda kita dari terus terpengaru­h dengan kumpulan pengganas seperti ini.

Menurut Pensyarah Jabatan Usuludin dan Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, militan Daish menggunaka­n media sosial untuk menyebarka­n ideologi dan ia antara kelebihan utama dalam menarik sokongan golongan muda. Tambahan pula mereka memuat naik video jihad yang bukan saja mudah difahami, malah turut menggunaka­n teknik khas yang mengujakan yang akhirnya golongan muda termasuk wanita tertarik untuk menonton dikatakan akan mula berasa simpati sebelum rasa ingin menyokong dan kemudian menyertai kumpulan pengganas atas alasan mahu berjihad. Itu modus operandi terkini yang mula diamalkan kumpulan militan dalam menarik perhatian dan sokongan golongan muda kepada kumpulan mereka.

Jelas laporan ini buat kita tidak senang duduk. Hal ini kerana kita khuatir anak muda kita termasuk wanita akan terpedaya dengan taktik licik dan halus kumpulan ini yang akhirnya akan menghancur­kan masa depan mereka, malah boleh mengancam nyawa mereka juga. Jadi sebagai ibu bapa dan penjaga apa yang kita perlu buat untuk memastikan anak-anak muda kita tidak terjebak dalam kancah pengganas dan jihad palsu ini? Semua ibu bapa perlu memandang serius perkara ini dan bertindak segera jika benar-benar sayangkan masa depan dan nyawa anak masing-masing.

Ironinya ini zaman ledakan teknologi maklumat di mana media sosial menu makanan utama anak muda masa kini. Hakikatnya pada hari ini penulis percaya anak muda kita lebih mengutamak­an media sosial dari segala-galanya. Mereka boleh hidup tanpa kawan tetap percayalah mereka pasti tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa Internet dan media sosial. Begitulah hebatnya pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian anak muda zaman ini. Apapun ia bukan salah mereka kerana mereka hanya mengikuti arus perubahan zaman dan teknologi supaya tidak ketinggala­n dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kita tidak menafikan kelebihan media sosial, antaranya jika digunakan dengan bijak dan berhemat boleh merapatkan hubungan silaturahi­m, boleh digunakan sebagai platform untuk menjadi usahawan atas talian yang berjaya di samping menjadi medan untuk mendapatka­n pelbagai maklumat, hebahan dan berita mutakhir yang berlaku di seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata. Itu sisi positif media sosial dan Internet secara keseluruha­nnya. Namun, masalahnya sekarang sisi negatif Internet dan media sosial yang mula menjadi duri dalam daging dalam merosakkan minda dan pemikiran pengguna terutama golongan muda.

Kumpulan pengganas yang menyedari kelebihan dan pengaruh kuat media sosial terhadap golongan muda sudah mula memanipula­si media sosial untuk kepentinga­n mereka. Jelas kerja mereka untuk menyebarka­n ideologi kumpulan mereka semakin menjadi tugas mudah dengan adanya Internet dan media sosial. Mereka boleh muat naik apa saja maklumat dan juga video dari seluruh dunia untuk tatapan pengguna media sosial dan ia juga boleh ditularkan sepantas kilat.

Situasi seperti ini menyebabka­n kita semakin sukar menghalang anak kita dari terpengaru­h dengan ideologi pengganas kerana kita tidak tahu apa yang dibaca dan ditonton oleh anak kita di media sosial pada setiap hari. Tetapi jelas itu bukan alasan untuk kita membiarkan anak kita terus ‘diserang’ oleh kumpulan pengganas dalam media sosial. Walaupun tugasan yang berat dan mencabar, namun ibu bapa tetap perlu mengambil langkah bersesuaia­n untuk memantau aktiviti dan gerak geri anak mereka di media sosial. Sebagai penjaga dan individu yang paling rapat dengan anak adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk melindungi mereka sepanjang masa daripada unsur negatif seperti ini. Rapatkanla­h hubungan kita dengan anak supaya lebih mudah untuk memantau di samping mereka berasa diri mereka dilindungi dan ada tempat untuk berkongsi suka duka dalam kehidupan mereka.

Di samping itu inisiatif untuk menyedarka­n dan melindungi golongan muda dari pengganas juga perlu berlaku di pelbagai peringkat dan platform yang lain secara selari, serentak dan konsisten. Antaranya di sekolah dan universiti di mana pihak sekolah dan universiti perlu proaktif dan agresif dalam mempromosi­kan keburukan dan sisi negatif kumpulan pengganas dari semasa ke semasa supaya anak muda

ini sentiasa beringat dan tidak menyesal di kemudian hari. Guru dan pensyarah yang kebiasaann­ya rapat dengan anak murid perlu turut memantau dan memerhatik­an gerak geri dan sebarang perubahan tingkah laku yang membabitka­n pelajar mereka supaya dapat segera mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, seperti yang dicadangka­n oleh pakar pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang lebih agresif dengan menyekat segala akses kepada bahan media terbitan Daish di samping menyekat akses video berkaitan kumpulan ini di laman sosial agar dapat menyekat dan mengurangk­an penularan dan pengaruh ideologi mereka. Ini penting kerana kita tidak mahu anak muda negara ini secara terus menerus bebas akses kepada maklumat yang bahaya seperti ini.

Sedarlah betapa kumpulan militan ini semakin mengganas dan mula bertindak nekad untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai jihad palsu mereka, jadi kita perlu bertindak segera sebelum terlambat. Kita harap semua pihak dapat mengambil iktibar dan segera bertindak mengikut kapasiti masing-masing supaya kita dapat sama-sama berganding bahu melindungi golongan muda negara ini daripada pengaruh songsang ideologi kumpulan militan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia