Harian Metro

Pengalaman naik kereta api yang menginsafk­an

-

Seingat saya, sudah terlalu lama saya tidak menaiki kereta api untuk perjalanan jarak jauh. Dulu, sewaktu bujang, saya sering menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman di Johor. Ketika itu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) belum terbina dan perasaan menaiki kereta api setiap kali pulang bercuti ketika itu amatlah menyenangk­an hati.

Maka pada pagi Isnin lalu saya bersama isteri membuat satu perjalanan sejauh 388 kilometer yang mengambil masa tujuh setengah jam dengan menaiki kereta api. Bagaimanap­un ia bukan kembara kereta api di dalam negara, sebaliknya satu pengalaman menarik berkereta api di Pulau Jawa, Indonesia.

Dengan membayar tiket berharga RP370,000 (RM120) setiap satu, saya meninggalk­an stesen kereta api Bandung tepat jam 8.30 pagi (waktu tempatan) menuju kota Jogjakarta di Jawa Tengah. Saya tiba di kota yang juga dikenali sebagai kota pendidikan tinggi Indonesia itu sekitar jam 4 petang.

Sebenarnya memang sudah agak lama saya merancang perjalanan sebegini. Maka percutian kali ini hanya saya lakukan selepas mendapatka­n nasihat, pandangan dan galakan daripada seorang rakan yang melakukan cara percutian serupa tidak berapa lama dahulu.

Saya memilih kereta api ekspres eksekutif Agro Wilis kerana perkhidmat­annya yang berlepas dari Bandung dan amat selesa. Ekspres Agro Wilis ini juga dikatakan menjadi pilihan utama pelancong asing yang ingin menerokai pelbagai tempat menarik dan bersejarah di Pulau Jawa, terutama pusat sejarah di sekitar Jogjakarta seperti monumen Borobudur dan Prambanan.

Perjalanan kami pada siang Isnin lalu memang amat selesa sekali. Keadaan di dalam gerabak amat bersih. Tempat duduk lebar dan boleh dilaras. Cermin tingkap pula luas, besar dan bersih tanpa debu. Penyaman udaranya juga dinginnya sesedap rasa. Petugas datang dan lalu hampir setiap jam membawa penyapu serta pengelap lembap membersihk­an laluan serta lantai di bawah kerusi duduk.

Paling terkenang adalah makanan yang dijual di dalam gerabak. Kami memesan sebungkus nasi rames yang keenakanny­a masih saya kenang sehingga kini. Saya juga tertarik dengan layanan petugas di dalam gerabak, terutama kru yang bertugas di bahagian kafe atau kantin Agro Wilis itu. Mereka peramah, sentiasa tersenyum dan sopan melayan pelanggan.

Pemandanga­n di sepanjang perjalanan satu pertiga hari itu hanya memaparkan beberapa perkara sahaja. Pertama, kawasan perumahan desa tipikal Indonesia - rumah lama yang kecil, rapat dan berhimpit-himpit antara satu sama lain. Beratap genting yang hampir semuanya sudah usang, lusuh dan tanpa cat.

Kedua, pekan kecil yang kami lalui juga dipenuhi bangunan usang yang mempunyai jalan sempit dipenuhi lubang dan lopak yang dilalui ratusan motosikal serta pikap membawa barang dagangan.

Selain itu, pemandanga­n lain hanyalah sawah padi yang begitu subur berselang-seli dengan batas pelbagai sayuran. Pokok jati pula seakan mendominas­i kiri kanan rel kereta api, tidak pasti saya sama ada ia sengaja ditanam atau tumbuh sendiri.

Sepanjang menempuh perjalanan itu tidak saya temui walau satu pun projek perumahan atau perbandara­n yang boleh dianggap baru. Berbeza dengan di negara kita, begitu banyak projek perumahan dan bandar baru di sepanjang laluan kereta api, baik yang menghala ke utara mahupun di laluan selatan.

Perbezaan pemandanga­n dari dalam gerabak kereta api di negara kita dan di negara jiran kita ini sesungguhn­ya amat menginsafk­an. Kota kecil bersama rumah yang usang dan jalan sempit dipenuhi motosikal adalah tanda tahap ekonomi yang tidak berkembang.

Jalan kecil yang dikuasai motosikal pula adalah kayu ukur tahap taraf ekonomi majoriti pendudukny­a.

Dalam kata lain, itu adalah petanda tahap kemiskinan di tanah jiran berbanding suasana dan pemandanga­n di kiri kanan landasan kereta api di negara kita. Pembukaan dan perluasan kawasan bandar baru serta pembinaan kediaman yang bagaikan tiada kesudahann­ya di sini adalah juga petanda ekonomi kita jauh lebih baik dan maju berbanding mereka. Kadar Pemilikan kereta yang tinggi di kalangan penduduk negara kita juga adalah petanda aras bahawa tahap pendapatan dan pemilikan harta bagi rakyat kita jauh lebih baik berbanding mereka.

Memikirkan dan merenungi perbezaan ketara ini membuatkan saya berasa begitu bersyukur kerana dilahir dan menjadi rakyat negara ini. Semoga kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat negara kita yang bertuah ini akan berterusan sampai bila-bila. Amin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia