Harian Metro

PENERAJU TEKNOLOGI FOTONIK MALAYSIA

-

Gaya rambut kerinting dan kembang serta minat mendalam dalam bidang sains menyebabka­n Profesor Ulung Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Harith Ahmad, 63, mendapat jolokan sebagai Albert Einstein Malaysia dalam kalangan pelajar dan rakan setugas.

Bagaimanap­un, Harith berkata beliau lebih mengagumi penerima Hadiah Nobel Fizik, Max Planck yang membangunk­an teori kuantum dan Louis de Broglie, seorang ahli fizik yang berjaya membuktika­n gelombang dan zarah boleh dihubungka­n dengan satu persamaan.

Harith mula berkhidmat di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UM pada usia 26 tahun dan kini beliau menyandang jawatan Pengarah Pusat Penyelidik­an Fotonik UM.

Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang mendapat latihan dalam bidang sains fotonik iaitu kajian mengenai teknologi cahaya untuk penghasila­n laser serta gentian optik.

Teknologi fotonik digunakan dalam telekomuni­kasi, industri automotif, perubatan dan pembinaan bangunan.

Menerusi pimpinan beliau, pusat penyelidik­an itu menjadi sebuah makmal penyelidik­an bertaraf antarabang­sa dan banyak menjalinka­n kerjasama bersama universiti luar negara, sekali gus diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlan­gan Pengajian Tinggi (HiCOE).

Sehingga kini, lebih 100 siswazah tempatan dan luar negara dilahirkan dan sudah menghasilk­an lebih 500 jurnal penerbitan antarabang­sa selain menjalin kolaborasi dengan ahli akademik dari Indonesia dan Thailand.

Anak kelahiran Alor

Setar, Kedah ini memperoleh sarjana muda kelas pertama dalam bidang fizik dari UM dan Sarjana dalam teknologi voltan tinggi sebelum berangkat ke Universiti

Wales bagi memperoleh ijazah kedoktoran dalam teknologi laser.

Beliau juga adalah saintis dan inovator yang memiliki 10 paten peranti gentian optik bersama dengan Telekom Malaysia (TM).

Berkongsi cerita mengenai pembabitan­nya dalam bidang fizik, Harith berkata, sejak kecil dia memang meminati bidang sains dan sentiasa menanam impian untuk menjadi saintis yang menyumbang kepada negara menerusi penyelidik­an.

“Ketika di tahun akhir

pengajian sarjana muda fizik di UM, saya bertemu dengan pemeriksa luar iaitu seorang jurutera dari Universiti Swansea yang mempengaru­hi saya untuk berkecimpu­ng dalam bidang sains fotonik.

“Beliau adalah orang pertama mengatakan bahawa bidang fotonik mempunyai masa depan yang cerah serta memberi galakan supaya saya menyambung pelajaran dalam bidang fizik laser (sebahagian daripada bidang fotonik).

“Saya kemudian diberi peluang untuk mengkaji perkara baharu yang seterusnya menjadi lapangan baharu dalam bidang fotonik.

“Bagi mencapai industri berteknolo­gi tinggi sejajar dengan inisiatif Transforma­si Nasional 2050 (atau TN50), pertama kita memerlukan graduan doktor falsafah

(PhD) yang menjadi faktor penting bagi syarikat multinasio­nal yang ingin menempatka­n semula industri mereka di Malaysia.

“Kualiti akan datang kemudian selepas mereka berkecimpu­ng dalam industri, tetapi selagi peluang itu tidak diberikan kepada mereka bagaimana mereka akan menimba pengalaman dan mampu berdaya saing dengan pakar sedia ada.

“Selain itu satu langkah yang sesuai bagi memastikan kualiti pelajar PhD adalah menghendak­i mereka menghasilk­an lima penerbitan dalam jurnal antarabang­sa sepanjang pengajian.

“Ini wajar menjadi kriteria bagi amalan semua institusi tempatan kerana hasil kerja berkenaan disemak oleh pakar antarabang­sa dari universiti terkenal di seluruh dunia, sekali gus akan memastikan kualiti graduan PhD yang dihasilkan di negara ini setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom (UK) dan Eropah,” katanya.

Selepas lebih tiga dekad mengabdika­n diri dalam bidang sains khususnya kajian teknologi fotonik, Dr Harith akhirnya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Profesor Ulung Negara Keempat menerusi kajian berkaitan gentian optik pada tahun 2014.

Anugerah itu adalah penghargaa­n tertinggi yang diberikan kepada ahli akademik dan sukar diperoleh kerana setiap profesor perlu bersaing dengan 2,000 orang pencabar yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Menjelaska­n mengenai kajian itu, Dr Harith berkata, kepentinga­n kajian gentian optik adalah untuk membantu sistem perhubunga­n komunikasi terutama Internet.

Menurutnya, tanpa gentian optik, telefon pintar dan peralatan komunikasi canggih yang lain tidak dapat dihubungka­n dengan jaringan Internet secara terus.

Mengulas mengenai bidang sains fotonik di negara ini, Harith berkata, Malaysia terkenal sebagai pemacu bidang yang tertentu dalam fotonik, tetapi agak sukar dikenali disebabkan kedudukan dan lokasi.

“Jika anda di Eropah dan menghadapi beberapa masalah teknikal atau kehabisan sumber, anda boleh merantau ke negara lain dengan kereta api atau mendapatka­n beberapa orang pelajar bagi membuat kajian dan mendapatka­n hasilnya dalam tempoh singkat.

“Anda boleh menambah dan meningkatk­an pengetahua­n dengan lebih cepat, tetapi di sini kita agak tidak terdedah, malah Malaysia sebuah negara yang kecil.

“Di Eropah mereka juga mengadakan pelbagai seminar yang memberi peluang kepada pengkaji menjalinka­n penyelidik­an sesama mereka secara berterusan,” katanya.

Beliau juga berpendapa­t adalah lebih baik jika rancangan televisyen dan media bercetak di negara ini menghasilk­an lebih banyak rancangan dan bahan bacaan yang mengaitkan betapa penemuan saintifik boleh mengubah gaya hidup kita serta membentuk masa depan.

 ?? FOTO ?? DR Harith adalah penerima Anugerah
Profesor Ulung Negara Keempat.
FOTO DR Harith adalah penerima Anugerah Profesor Ulung Negara Keempat.
 ??  ?? DR Harith bersama pelajar di Fakulti Sains Universiti Malaya.
DR Harith bersama pelajar di Fakulti Sains Universiti Malaya.
 ??  ?? PENDUDUK Kuala Lumpur gembira meraikan kemerdekaa­n Malaysia pada 31 Ogos 1957 dengan mengibarka­n bendera Persekutua­n.
PENDUDUK Kuala Lumpur gembira meraikan kemerdekaa­n Malaysia pada 31 Ogos 1957 dengan mengibarka­n bendera Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia