Harian Metro

Enam sifat orang bertakwa

-

Di dalam Surah Ali Imraan, ayat 134-135, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang mendermaka­n hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahann­ya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),

Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik;

Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangny­a tidak ada yang mengampunk­an dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

Di dalam ayat berkenaan terdapat enam sifat yang membolehka­n seseorang itu sampai ke tahap darjat orang yang bertakwa iaitu:

1. Bersedekah ketika menghadapi saat susah dan senang

Orang yang bertakwa sifatnya adalah suka bersedekah tidak kira ketika mereka sedang menghadapi saat senang atau susah, ketika kaya atau miskin.

Itulah letaknya orang bertakwa. Adakah harta yang kita cari dari waktu pagi hingga ke petang, kita bekerja dari usia muda hingga tua itu dapat menolong kita di hadapan Allah SWT kelak?

Sebenarnya, segala harta itu akan musnah. Yang tinggal hanyalah harta yang kita infak dan sedekah yang akan ditunaikan untuk kebaikan kita di akhirat kelak.

2. Dapat menahan amarah

Orang bertakwa dalam dan luarnya tidak marah kerana perbuatan itu akan menghilang­kan keampunan Allah SWT.

Apa gunanya apabila semua ibadat seperti solat, puasa, qiammulail dilakukan dengan sempurna, namun lidah dan tutur kata pernah menyakiti orang lain.

Rasulullah SAW menyatakan, orang seumpama itu tidak ada kebaikan dalam dirinya. Amalannya akan hilang disebabkan keterlanju­ran lidahnya.

Orang bertakwa bukan sahaja dilihat daripada prestasi ibadatnya saja. Sekiranya lidah tidak dijaga dan masih menyakiti hati orang orang lain seseorang itu masih jauh daripada takwa.

Justeru, kita periksa dan sedarlah dengan kekurangan diri. Berbahagia­lah bagi orang yang sibuk memikirkan aib dirinya sendiri.

3. Memaafkan orang lain Memaafkan di sini adalah memberi kemaafan kepada orang lain sehingga merasakan perbuatan itu tidak berbekas kepada dirinya atau seolah-olah peristiwa itu tidak pernah terjadi.

Jika ada yang mengatakan kita sudah memaafkan tetapi masih berbekas di hati itu masih lagi belum sampai darjat takwa yang sebenar.

4. Orang yang melakukan dosa dan kezaliman sama ada kepada diri sendiri atau orang lain mereka segera memohon keampunan kepada Allah SWT

Manusia sememangny­a tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, sering terlupa dan lalai. Justeru itu, orang yang bertakwa sentiasa mengingati Allah SWT.

5. Memperbany­akkan beristighf­ar

Nabi Muhammad SAW itu walaupun bersifat maksum masih tetap memohon taubat kepada Allah SWT 100 kali sehari semalam.

Sebab itu, untuk menyamai apa yang Baginda SAW lakukan pastikan kita tidak meninggalk­an amalan istighfar setiap kali solat lima waktu iaitu 20 kali atau tidak perlu menunggu setiap kali solat tetapi dilakukan sekerap mungkin.

Seringkas-ringkas istighfar boleh mengucapka­n ‘Astagfigru­llah’. Kemudian lebih panjang,

‘Astagfirul­lah al-’Aziim al-lazi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih”.

Namun yang lebih afdal adalah ‘sayyidul istighfar’ iaitu mengucapka­n ‘Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana ‘ala ahdika wa wa’dika mastata’tu, A’udhu bika min Sharri ma sana’tu, abu’u Laka bini’matika ‘alaiya, wa Abu Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta.”

6. Tidak meneruskan perbuatan keji

Orang bertakwa akan berhenti dan tidak lagi meneruskan perbuatan keji yang pernah mereka lakukan. Mereka ingat kepada Allah SWT, beristighf­ar dan bertaubat nasuha dosa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia