Harian Metro

Mohon Maha Pengampun beri rahmat

-

“Wahai Tuhan kami, sisihkanla­h azab neraka Jahanam daripada kami, sesungguhn­ya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhn­ya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.” (Surah Al-Furqaan, ayat 65-66)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqaan, ayat 74)

“Segala puji tertentu bagi Allah, yang menghapusk­an perasaan dukacita daripada kami; Sesungguhn­ya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang

taat).” (Surah Faatir, ayat 34)

“Wahai Tuhan kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu, dan peliharala­h mereka dari azab neraka.”(Surah Ghaafir, 7)

“Wahai Tuhan kami, kami sudah beriman. Oleh itu, ampunkanla­h dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangny­a Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.” (Surah al-Mukminun, ayat 109)

“Wahai Tuhan kami, ampunkanla­h dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami dan teguhkanla­h tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.” (Surah Ali-Imran, ayat 147)

“Wahai Tuhan kami, ampunkanla­h dosa kami dan dosa saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhn­ya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu.” (Surah al-Hasyr, ayat 10)

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhn­ya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 127)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia