Harian Metro

75% akaun palsu kena tindakan

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti hampir 2,000 akaun palsu dengan 75 peratus sudah diambil tindakan dan selebihnya masih dalam siasatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, dalam tahun ini saja pel- Kuala Lumpur: Tiada pembaziran dan penyelewen­gan berlaku terhadap pengurusan syarikat di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), kata Pengerusi Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Hasan Arifin.

Menurutnya, berdasarka­n kenyataan daripada saksi yang dipanggil memberikan keterangan, jawatankua­sa itu juga berpuas hati dengan setiap penjelasan yang diberikan.

Bagaimanap­un, katanya PAC mengesyork­an kepada kerajaan beberapa perkara untuk penambahba­ikan akan datang, antaranya RISDA perlu memastikan anak syarikat dan subsidiari­nya lebih tersusun serta berdaya saing bagi menjamin pekebun kecil secara keseluruha­n.

“Anak syarikat RISDA perlu mengelakka­n kebergantu­ngan kepada syarikat induk dan meneroka pasaran luar. bagai tindakan sudah diambil ke atas akaun palsu terbabit termasuk sekatan dan penutupan akaun.

Menurutnya, bagi tindakan penutupan akaun, ia akan dilaporkan kepada pihak yang menyediaka­n media sosial, kebanyakan­nya berada di luar negara seperti Facebook dan Twitter berdasarka­n perlanggar­an terma dan syarat ditetapkan mereka sendiri.

“Bagi tempoh Januari 2016 hingga Jun 2017, sebanyak 221 kes membabitka­n media baru termasuk media sosial, laman sesawang dan blog sudah disiasat.

“Daripada jumlah itu, 19 kes dikenakan kompaun dan lima kes didakwa dan disabitkan kesalahan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) mengenai akaun media sosial serta penyebaran berita palsu dan fitnah.

Salleh berkata, kementeria­n melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa bekerjasam­a dengan pelbagai agensi berkaitan dalam menangani gejala penularan kandungan serta berita palsu di platform media sosial, laman sesawang dan Internet.

Beliau juga berkata, pihaknya tidak membezakan individu yang menyebarka­n berita palsu sama ada pro kerajaan atau pembangkan­g.

“Kita akan tangani masalah ini berdasarka­n ketetapan undang-undang. “Kita juga memang mengkaji keseluruha­n peruntukan hukuman dalam Akta Komunikasi dan Multimedia untuk melihat bagaimana kita boleh tambah baik hukuman berkenaan,” katanya.

19 kes dikenakan kompaun dan lima kes didakwa dan disabitkan

kesalahan

Dr Salleh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia