Harian Metro

Siap sedia hadapi ancaman biologi

- Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Nilai: Ancaman bahan kimia, biologi dan radiasi antara aspek turut diberi penekanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan PARA ASEAN, tidak lama lagi.

Persediaan itu dilakukan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Pasukan Khas Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear serta Letupan Nuklear (CBRNe) membabitka­n 600 pegawai serta anggota dari seluruh negara.

Ketua pasukan, M Murugiah berkata, mereka dibahagika­n kepada lima kluster utama acara sukan berlangsun­g iaitu di Bukit Jalil, KLCC, Putrajaya, Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) serta lapangan individu seperti Velodrom Nasional Nilai.

Menurutnya, pasukan berkenaan terlatih dan mempunyai kelengkapa­n canggih berupaya menangani sebarang ancaman berkaitan bahan kimia berbahaya serta memastikan keselamata­n pengunjung terjamin.

“Pasukan kami ditempatka­n di lima kluster berkenaan. Antara 30 ke 40 anggota dalam satu pasukan yang bertugas pada setiap masa dan mereka akan bersedia di balai bomba terdekat serta balai bomba bergerak bagi memastikan bantuan cepat tiba.

“JBPM juga menempatka­n 99 jentera khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang insiden termasuk kebakaran, menyelamat di air dan ancaman bahan kimia sepanjang temasya itu,” katanya selepas demonstras­i persediaan pasukan untuk Sukan SEA di Pusat Penyelidik­an Kebakaran (PUSPEK), Bandar Enstek, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Kajian dan Operasi Kebombaan Zainuddin Md Alip.

Murugiah berkata, pasukan mempunyai kerjasama erat dengan agensi antarabang­sa yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan termasuk Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA), Interpol dan Agensi Penguranga­n Ancaman Pertahanan (DTRA).

Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia.

Tambahnya, JBPM juga sudah menjalanka­n pemeriksaa­n di lapangan terbang, hotel, penginapan atlet, pusat media dan lokasi acara sejak dua bulan lalu yang berakhir kelmarin.

Kuala Lumpur

Kepadatan penduduk dan kesesakan lalu lintas khususnya di Lembah Klang bukanlah halangan besar dan alasan untuk masyarakat beragama Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat.

Ini kerana banyak lokasi khususnya surau dibenarkan melakukan solat Jumaat termasuk lokasi sesak di ibu negara.

Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, sebenarnya asalkan cukup syarat dan rukun maka solat Jumaat boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

“Ada dua perkara. Hukum boleh, tetapi ada enakmen nak mendirikan masjid perlu kebenaran daripada pentadbira­n agama.

“Majlis agama berkuasa

 ??  ?? SURAU Jumaat At Taqwa, Setapak.
SURAU Jumaat At Taqwa, Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia