Harian Metro

URAU T JUMAAT

-

menentukan sesetengah surau boleh buat solat Jumaat. Dalam konteks ketika ini, nak lebih baik ikut peraturan, pentadbira­n dan hukum.

“Kadang-kadang hukum sah, pentadbira­n tak boleh. Macam kahwin la...ada kadi, saksi semua. Cuma jika bukan laksanakan solat Jumaat di masjid, kurangnya tidak mendapat pahala iktikaf,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, jika memenuhi rukun solat Jumaat ibadat itu boleh dilaksanak­an tanpa memerlukan masjid.

Sementara itu, laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunjukka­n ada 242 surau di Selangor yang mendapat kelulusan untuk solat Jumaat.

Jumlah itu merangkumi 72 surau di daerah Petaling, Sepang (12), Hulu Selangor (11), Klang (34), Kuala Selangor (empat), Sabak Bernam (dua), Gombak (27), Hulu Langat (72) dan 10 surau di daerah Kuala Langat.

Mengikut statistik dikeluarka­n JAIS itu juga, 410 masjid dibangunka­n di negeri berkenaan.

Sementara itu, pekerja swasta Ahmad al-Bukhori Yusnan, 30, berpandang­an sebaiknya pergi berjemaah solat Jumaat di masjid.

Namun begitu, katanya, kemudahan lokasi solat Jumaat diberikan pihak berkuasa agama di kawasan berkepadat­an tinggi lebih memudahkan lagi urusan menunaikan kewajipan penghulu segala hari itu.

duk, kesesakan trafik culas kewajipan

 ??  ?? SURAU Al-Manar di Precint 14, Putrajaya.
ORANG ramai menunaikan solat di Surau Jumaat di Surau Al -Manar Presint 14, Putrajaya.
SURAU Al-Manar di Precint 14, Putrajaya. ORANG ramai menunaikan solat di Surau Jumaat di Surau Al -Manar Presint 14, Putrajaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia