Harian Metro

Elak salahkan majlis agama

-

Kuala Lumpur: “Apa yang penting, mudahnya kita beribadat. Dalam hal ini untuk menunaikan solat Jumaat.

“Tak perlu tinggalkan. Kita cuba buang alasan tidak dapat solat Jumaat disebabkan pihak lain. Jika tidak melaksanak­an solat Jumaat itu, bukannya disebabkan agensi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI). Itu sebab mereka sendiri.”

Itu tegas Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh berkaitan kemudahan solat Jumaat diluluskan pihaknya, selain masjid di ibu kota.

Menurutnya, statistik mendapati setakat 2017, sebanyak 78 surau Jumaat diluluskan di Kuala Lumpur bagi menampung 70 masjid sedia ada.

Mengulas lanjut, katanya, daripada 404 surau biasa di ibu negara pihaknya menerima banyak lagi permohonan mengadakan solat Jumaat.

“Memang banyak permintaan surau biasa yang mahu kelulusan untuk solat Jumaat, semasa ke semasa kami timbangkan.

“Cuma kawasan sama dengan jarak terlalu dekat kami tidak benarkan sebab tidak mahu timbul isu berpecah dalam kalangan masyarakat.

“Kami akan hantar kepada jabatan mufti untuk mendapat kelulusan. Antara sebab permohonan ialah kesesakan lalu lintas, masjid dan kesukaran jemaah untuk ke masjid,” katanya.

Mengambil contoh Pudu Sentral (Puduraya), beliau berkata, ketika berfungsi sebagai terminal bas penghubung antara negeri lain pihaknya bekerjasam­a dengan Jabatan Mufti untuk menjadikan surau di situ sebagai surau Jumaat.

“Kami faham di Puduraya ketika itu majoritiny­a orang transit dalam perjalanan seterusnya. Ramai datang dari seluruh negara.

“Apabila tiba di Puduraya sebenarnya mereka dibolehkan tidak solat Jumaat pada hari itu dan hukum solat Jumaatnya harus. Namun, mereka pastinya tak selesa.

“Berpakaian berjubah dan berkopiah namun tak berada di masjid waktu Jumaat, jadi alternatif surau Jumaat ini merungkaik­an keresahan mereka,” katanya.

 ?? Aziz ?? Antara sebab permohonan ialah kesesakan lalu lintas, masjid dan kesukaran jemaah untuk ke masjid”
Aziz Antara sebab permohonan ialah kesesakan lalu lintas, masjid dan kesukaran jemaah untuk ke masjid”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia