Harian Metro

31 kes ad a asas

- MohdHusniM­ohdN oor dan Sit iA’isy ah Sukaim i am@hmetro.com.my

 14 jawatan siasatan ditubuhkan siasat 60 teguran punitif

Sebanyak 14 jawatan siasatan ditubuhkan bagi menyiasat 60 teguran punitif (hukuman) membabitka­n 11 kementeria­n susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun (LKAN) 2016 Siri 1 yang diumum Isnin lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, antara kementeria­n terbabit termasuk Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementeria­n Pendidikan dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

“Siasatan terhadap teguran

punitif itu dibuat bertujuan memperoleh keterangan relevan dari aspek kesaksian dan keterbabit­an pegawai dalam kes dilaporkan.

“Sehubungan itu, tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai sekiranya didapati wujud asas kukuh pegawai berkenaan melakukan penyelewen­gan, penyalahgu­naan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaa­n tugas,” katanya pada Sesi Bersama Media susulan laporan audit berkenaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Katanya, berdasarka­n siasatan setakat Rabu lalu, 31 teguran mempunyai asas untuk dimulakan prosiding tatatertib membabitka­n 119 pegawai manakala, 24 teguran didapati tiada unsur penyelewen­gan, salah guna kuasa atau kecuaian pelaksanaa­n tugas sebaliknya memerlukan penambahba­ikan sistem, prosedur dan peraturan semasa sebagaiman­a yang disahkan menerusi penelitian oleh Jabatan Audit Negara, Kementeria­n Kewangan dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ali berkata, baki lima teguran lain sedang disiasat lanjut.

Dalam pada itu, katanya, 43 teguran punitif dilaporkan di peringkat kerajaan negeri membabitka­n 12 kerajaan negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Menurutnya, 895 teguran audit membabitka­n 748 teguran korektif (penambahba­ikan sistem dan prosedur) dan 103 teguran punitif.

“Semua teguran berkenaan disentuh dan sudah serta sedang disiasat Jawatankua­sa Siasatan,” katanya.

 ??  ?? ALImenerim­a buku laporan audit negara daripada Madinah di Auditorium K ompleks C, Putrajaya, semalam.
ALImenerim­a buku laporan audit negara daripada Madinah di Auditorium K ompleks C, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia