Harian Metro

Pe r ke nalBasikal MelakaOFO EcoGreen

-

Melaka: Kerajaan Melaka bakal memperkena­lkan per- khidmatan perkongsia­n ber- basikal tanpa penggunaan tunai di negeri ini menerusi program Basikal Melaka OFO

tidak lama lagi. Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, Melaka bakal menjadi negeri pertama menggunaka­n konsep itu selaras dengan usaha memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk dan pelancong.

“Saya difahamkan basikal ini dilengkapi pelbagai kemudahan canggih dengan tempahan perkhidmat­an boleh dilakukan menggunaka­n telefon pintar.

“Perkhidmat­an ini popular di China dan beberapa negara Eropah kerana pengguna tak perlu kembalikan basikal ke stesen ditetapkan, manakala kadar sewaan pula hanya RM1 untuk setiap jam penggunaan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Basikal Melaka OFO Eco Green di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pelanconga­n, Pembanguna­n Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri Datuk Ghazale Muhamad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Husin, Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Murad Husin, Ketua Perniagaan OFO Asia Pacific (APAC) Lawrence Cao dan Pengarah OFO Malaysia Eric Li.

Pada program itu,seramai 50 peserta dalam kalangan penjawat awam mencuba basikal itu dengan berkayuh sejauh 15 kilometer dari Seri Negeri Ke Hotel Casa Del Rio di Banda Hilir.

Idris berkata, buat permulaan syarikat OFO Malaysia bersetuju menyediaka­n 500 unit basikal yang ditempatka­n di 10 stesen khas menjadi tumpuan pelancong di negeri ini.

Antara lokasi cadangan stesen berkenaan adalah Menara Taming Sari, Restoran Melayu Melaka, Taman Rempah, Dataran 1Malaysia, Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai.

 ??  ?? IDRIS (tiga dari kanan) mencuba basikal OFO Eco Green di Dataran Seri Negeri, Ayer K eroh, semalam.
IDRIS (tiga dari kanan) mencuba basikal OFO Eco Green di Dataran Seri Negeri, Ayer K eroh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia