Harian Metro

Perkukuh UTHM

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), melantik dua Penolong Naib Canselor bagi membantu meningkatk­an kecekapan dan daya saing universiti itu, sekaligus melahirkan graduan berkemahir­an tinggi, berdaya saing dalam pasaran kerja tempatan dan luar negara serta mempunyai keperibadi­an tinggi.

Pegawai Perhubunga­n Awam Pejabat Naib Canselor UTHM Suriyati Baharom berkata, jawatan baru diwujudkan itu berkuat kuasa Selasa lalu membabitka­n jawatan Penolong Naib Canselor (Perancanga­n Strategik dan Perhubunga­n Korporat) disandang Profesor Madya Dr Afandi Ahmad dan Penolong Naib Canselor (Kelestaria­n Kewangan) Profesor Madya Dr Wan Fauziah Wan Yussof.

“Dr Afandi menjadi alumni UTHM pertama dilantik jawatan Penolong Naib Canselor di universiti ini dan sebelum ini melakar sejarah baru dalam landskap kepimpinan UTHM sebagai individu pertama serta termuda menggalas amanah sebagai Dekan Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan juga sebagai Pengetua bagi Kolej Kediaman Perwira (KKP) secara serentak.

“Dr Wan Fauziah pula sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawan­an sebelum dilantik ke Jawatan PNC ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Dr Afandi Ahmad pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) FKEE serta Ketua Jabatan Kejurutera­an Komputer ketika berusia 26 tahun dan berjaya menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dalam tempoh ditetapkan (GoT).

“Dr Afandi adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah Kejurutera­an Elektronik dan Komputer dengan pengkhusus­an dalam bidang rekabentuk sistem terbenam untuk diagnosis pengimejan perubatan dari Brunel University London.

“Wan Fauziah pula banyak memberi sumbangan kepada universiti melalui bidang keusahawan­an sehingga beliau berjaya mendapat pengiktira­fan “Best Mentor Award” tahun lalu.

“Graduan PhD dari Victoria University, Melbourne,

 Pelantikan dua Penolong Naib Canselor pertingkat keupayaan universiti

Australia, ini mula bergiat aktif dalam aktiviti keusahawan­an di UTHM sejak 2004 selepas 12 tahun berkecimpu­ng dalam bidang pembanguna­n perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, warga universiti berharap lantikan itu mampu menyumbang dan meningkatk­an pencapaian akademik UTHM, menjadikan­nya lebih cemerlang selaras hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlan­gan pendidikan serantau serta antarabang­sa.

 ??  ?? NAIB Canselor UTHM Profesor Dr Wahid Razzaly (kanan) menyampaik­an watikah kepada Dr Wan Fauziah. NAIB Canselor UTHM Profesor Dr Wahid Razzaly (kanan) menyampaik­an watikah kepada Dr Afandi.
NAIB Canselor UTHM Profesor Dr Wahid Razzaly (kanan) menyampaik­an watikah kepada Dr Wan Fauziah. NAIB Canselor UTHM Profesor Dr Wahid Razzaly (kanan) menyampaik­an watikah kepada Dr Afandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia