Harian Metro

COO dituduh terima RM70,000

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM70,000, dua tahun lalu.

Bagaimanap­un, Mohd Shukri, 54, mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nolsalha Hamzah.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh sebagai ejen syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) didakwa menerima suapan daripada Syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd berjumlah RM70,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang wanita sebagai dorongan untuk mengeluark­an surat perlantika­n syarikat terbabit bagi projek pembanguna­n, rekaan, pemasangan, penghantar­an dan pembekalan bas bernilai RM8,404,675.13.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Times Square, Lot 77-G-13, 14, 15 & 16, Jalan Dato Keramat, di sini, pada 20 April 2015. Pertuduhan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dengan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika disabit bersalah.

Dalam prosiding itu, peguam tertuduh, Datuk Shukri Mohamad memohon mahkamah mengurangk­an wang jaminan terhadap anak guamnya berikutan tertuduh menjalani rawatan hemodialis­is mengikut jadual ditetapkan serta mempunyai dua cahaya mata.

Mahkamah kemudian mengenakan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Mohamad Nadzri.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut mengaku tidak bersalah menerima suapan RM1,500

 Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang mengaku tidak salah atas tuduhan rasuah

bagi membantu menyelesai­kan kes khalwat seorang lelaki pada Disember lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh Mohamad Sharriff, 53, pada jam 10 pagi 8 Disember lalu di tempat letak kereta Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut menipu Mohd Alif Jimin dengan memperdaya mangsa kononnya boleh membantu menyelesai­kan kes khalwat dihadapi.

Tertuduh didakwa mendorong Mohamad Alif menyerahka­n kepadanya wang berjumlah RM1,500 melalui pindahan wang ke akaun Maybank miliknya.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM5,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin dan 24 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Ahmad Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam R Sankara Krishna.

 ?? FOTO: ?? MOHD Shukri menutup muka ketika menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.
FOTO: MOHD Shukri menutup muka ketika menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia