Harian Metro

Palsukan dadah

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Sarjan polis mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan bagi memalsukan dadah dirampas daripada seorang lelaki pada 30 Mei dan 2 Jun tahun lalu.

Tertuduh V Ambualerga­n, 57, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan berkenaan dibacakan jurubaBagi hasa di hadapan

Hakim Nolsalha

Hamzah.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, tertuduh pada jam 4 petang 30 Mei 2016 di Balai Polis Jalan Patani meminta suapan wang tunai RM2,000 daripada Khor Ah Pin sebagai dorongan membuang kes dadah Khor Yeong Chin dengan memalsukan dadah syabu dirampas polis.

Ambualerga­n didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

pertuduhan kedua, tertuduh pada jam 5 petang 2 Jun 2016 di Kedai Makan Ah Theam, Jalan Perak menerima wang suapan berjumlah RM1,000 daripada Ah Pin sebagai dorongan membuang kes dadah Yeong Chin dengan memalsukan dadah syabu dirampas polis.

Mahkamah kemudian membenarka­n ikat jamin RM8,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin dan 24 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n atas dua pertuduhan meminta suapan masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 pada 29 September dan 22

 Sarjan polis hadapi dua pertuduhan menerima rasuah

Oktober 2015.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh Abdul Halim Mat Kasa, 55, pada 29 September 2015 pada jam 4 petang di hadapan Pejabat Pos Ayer Itam mendorong Ch’ng Chey Lee menyerahka­n wang tunai RM300 bagi membantu pengusaha kedai cuci kereta berkenaan daripada tidak diambil tindakan kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Abdul Halim pada 22 Oktober 2015 jam 5.15 petang mendorong Ch’ng menyerahka­n wang tunai RM200 bagi membantuny­a agar tidak diambil tindakan oleh MBPP kerana kedai cuci kereta diusahakan­nya tidak mempunyai lesen perniagaan.

Nolsalha kemudian menetapkan ikat jamin RM6,000 dan seorang penjamin ke atas tertuduh dan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi Ambualerga­n di Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.
ANGGOTA SPRM mengiringi Ambualerga­n di Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia