Harian Metro

Cipta 25 jam sehari

- Asmah Rusman asmah_rusman@hme tro.com.my

 Pendakwah, pakar kewangan beri tip pengurusan masa betul

“Masa itu adalah pedang, jika kita tidak memanfaatk­annya maka ia akan memancung kita dengan cepat,” kata Pendakwah dan Pakar Kewangan Islam Antarabang­sa, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam program diskusi bukunya yang bertajuk ‘Saya ada 25 jam sehari’ di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini, semalam.

Mohd Daud berkata, antara tip penting dalam pengurusan masa iaitu strategi pratentuan, pintasan, pilihan masa tepat untuk kerja yang tepat, bekerja dengan seronok dan masa itu tidak boleh diurus sebaliknya diri sendiri yang perlu diurus.

Beliau berkata, buku ini untuk mereka yang mempunyai lebih banyak perkara dilakukan daripada masa untuk melakukann­ya.

Menerusi buku ini, Mohd Daud berkongsi lebih 100 tip untuk mereka yang sentiasa mengalami defisit masa setiap hari.

“Saya tidak menguruska­n masa saya sebaliknya saya hanya mencipta lebih banyak masa,” katanya.

Program anjuran Badan Khairat NSTP itu turut dihadiri Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Badan Khairat NSTP Datuk Mustapa Omar dan Timbalan Pengerusi Badan Khairat NSTP, Roslan Ibrahim.

Beliau berkata, ramai yang berjaya membuat banyak perkara dan mencapai kejayaan lebih besar bukan kerana mereka mempunyai lebih banyak masa daripada yang lain, tetapi mereka hanya mencipta lebih banyak masa.

Petua dan rahsia yang diserlahka­n dalam buku ini diilhamkan melalui kisah sebenar gaya hidup dan kerja seorang penasihat dan usahawan syariah global yang meliputi banyak projek, tanggungja­wab dan inisiatif rentas sempadan.

“Saya fikir saya mencipta 25 jam dalam beberapa hari saja. Saya berharap anda boleh melakukan perkara yang sama juga.

“Harus ada beberapa cara untuk memecahkan kod ini untuk mewujudkan lebih banyak masa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia