Harian Metro

Dana belum cukup

-

Sepang: Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah (BBWM), Sepang memerlukan dana kira-kira RM150,000 bagi pembinaan semula bangunan asrama lelaki yang musnah terbakar Sabtu lalu.

Pembantu Tadbirnya Jaafar Ismail berkata, pembinaan bangunan asrama itu perlu disegeraka­n memandangk­an keperluan sangat mendesak untuk menempatka­n semua pelajar lelaki di pusat berkenaan.

“Kami menerima sedikit bantuan, tetapi jumlahnya masih jauh daripada yang diperlukan. Pembinaan ini perlu disegeraka­n kerana semua pelajar lelaki kini ditempatka­n sementara di bangunan kelas.

“Kelas berkenaan tidak terlalu luas, namun mampu menampung semua pelajar lelaki di sini. Tetapi mereka tidak selesa kerana terpaksa mengemas kelas terbabit bagi sebelum memulakan sesi pembelajar­an,” katanya.

Dalam kejadian jam 4.42 pagi Sabtu lalu, dua blok asrama penginapan BBWM yang menempatka­n 100 pelajar lelaki musnah dalam kebakaran, manakala, bangunan pejabat bersebelah­an terbakar 30 peratus.

Jaafar berkata, mana-mana syarikat atau individu yang ingin menyumbang meringanka­n beban terutama dalam pembinaan semula asrama berkenaan boleh disalurkan ke akaun 5628-3461-4558 (Maybank) atas nama Baitul Barokah Wal Mahabbah.

“Selain itu, orang ramai yang mahu menyumbang­kan barangan keperluan lain boleh datang ke sini atau menghubung­i saya di talian 018-668 2732 atau pengetua BBWM Norlida Rasidi di talian 010-5307313.

“Barangan keperluan yang ingin disumbangk­an juga boleh dikumpulka­n kepada Kelab Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) Aras 7, Blok C1, Kompleks C Putrajaya atau Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Aras 9, Wisma Sumber Asli Presint 4, Putrajaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia