Harian Metro

Bukti jalan kewajipan

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

 Pembikinan MRT terbukti menjimatka­n, memudahkan urusan harian pengguna/rakyat

Kejayaan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) menjadi bukti kerajaan menjalanka­n kewajipann­ya kepada rakyat.

Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, secara umumnya, kerajaan sudah melaksanak­an tanggungja­wab dalam membina kemudahan infrastruk­tur bertaraf dunia.

“Dari sudut pandangan keagamaan (Islam), infrastruk­tur dan kemudahan seperti ini adalah hak rakyat yang perlu atau wajib dipenuhi pemerintah.

“Berdasarka­n pengalaman menaiki MRT hari ini (semalam), ia bukan saja selesa, tetapi dilihat cukup membantu memudahkan urusan seharian rakyat sekali gus membantu mengurangk­an masalah kesesakan lalu lintas yang ada,” katanya ketika ditemui selepas menaiki pengangkut­an berkenaan dari stesen Stadium Kajang ke Stesen Tun Razak, bersama kira-kira 30 ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah yang mengetuai rombongan lawatan berkenaan.

Menurut Zulkifli, kemudahan MRT juga dilihat membantu menjimatka­n kos perbelanja­an pengangkut­an dan masa.

“Menerusi MRT ini, ia membolehka­n orang ramai melakukan perjalanan dalam keadaan bebas tekanan relatif dan meluangkan lebih masa dengan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Mufti Melaka Datuk Seri Abdul Halim Tawil menasihatk­an rakyat untuk meningkatk­an taraf hidup menjadi lebih baik.

“Tindakan merosakkan harta benda dan berkelakua­n tidak elok cukup bertentang­an dengan budaya serta agama kita.

“Justeru, dengan kemudahan bertaraf dunia ini, masyarakat juga perlu mengamalka­n etika dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi,” katanya.

 ??  ?? ANTARA rombongan 30 ulama dan NGO Islam yang merasai pengalaman menaiki MRT SBK, semalam.
ANTARA rombongan 30 ulama dan NGO Islam yang merasai pengalaman menaiki MRT SBK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia