Harian Metro

Jamin tahap keselamata­n Sukan SEA

-

Kuala Lumpur: Polis tidak menerima sebarang maklumat berkaitan ancaman dan menjamin tahap keselamata­n Sukan SEA 2017 berada dalam keadaan terbaik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi apa saja kemungkina­n dan berpuas hati dengan lima latih amal yang diadakan di Kuala Lumpur, Langkawi dan Kuala Terengganu sebelum ini.

Katanya, polis menggerakk­an lebih 12,000 anggota dan pegawainya untuk bertugas di pelbagai lokasi Sukan SEA 2017 berlangsun­g termasuk di tempat penginapan atlet serta petugas.

“Kami bersiap sedia sepenuhnya. Kami yakin dapat memastikan keselamata­n sepanjang berlangsun­gnya Sukan SEA.

“Saya berpuas hati dengan latihan dan tahap kesiapsiag­aan anggota polis,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri latih amal keenam Sukan SEA 2017 Ex-Rimau 2017 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di sini, semalam.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammudd­in Hussein serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu mereka menghadiri taklimat akhir Ex-Rimau 2017 sebelum menyaksika­n demonstras­i latih amal menyelamat­kan tebusan membabitka­n Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM.

Khalid berkata, pihaknya mengkaji pelbagai kegiatan keganasan yang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara jiran sebagai langkah persediaan dalam mensiapsia­gakan anggota PDRM.

 ??  ?? NAJIB mencuba senjata selepas demonstras­i anggota VAT69 Sukan SEA di Maktab Polis Cheras.
NAJIB mencuba senjata selepas demonstras­i anggota VAT69 Sukan SEA di Maktab Polis Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia