Harian Metro

Tempah servis dalam talian

 Shell Malaysia, Lazada lancar gedung e-dagang jual produk, pakej servis minyak enjin

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

S hell Malaysia melalui Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, pengedar utama minyak pelincir Shell Helix di negara ini melancarka­n gedung rasmi dalam talian Shell Malaysia Online

Store menerusi Lazada Malaysia.

Pengarah Eksekutif Shell Lubricants Asia Tenggara dan Oceania Troy Chapman berkata, Malaysia adalah negara pertama di rantau ini yang memperkena­lkan jualan produk dan pakej servis menerusi saluran rasmi yang membolehka­n pembeli mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan serta pengesahan akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Selain mendapat produk tulen, ia juga inisiatif Shell menawarkan kemudahan kepada pengguna daripada sumber rasmi yang terjamin kualitinya dengan kos penghantar­an disekalika­n ke seluruh Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika pelancaran gedung itu, di sini, semalam.

Pakej lengkap serendah RM103 merangkumi minyak enjin Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmat­an dan pemeriksaa­n 15-titik percuma ditawarkan dan e-baucar RM30 daripada Lazada Malaysia bagi setiap tempahan bermula dari 3 hingga 10 Ogos ini kepada pembeli.

Pakej servis minyak enjin boleh dilakukan di bengkel terpilih di Lembah Klang dan Johor serta pengguna disarankan memilih lokasi berhampira­n dengan tempat tinggal mereka.

Tidak sekadar menjual produk, Shell Malaysia Online

Store juga menyediaka­n khidmat sokongan teknikal kepada mereka yang ingin mendapat panduan mengenai minyak pelincir yang sesuai dengan kereta mereka.

“Ia inisiatif Shell untuk kekal sebagai pendahulu pembekal minyak pelincir nombor satu dunia sepanjang 10 tahun lalu dan kami juga menawarkan Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W) pada 2016 untuk mengembang pasaran yang terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? CHAPMAN (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Hans-Peter Ressel (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Shell Malaysia Online Store, semalam.
CHAPMAN (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Hans-Peter Ressel (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Shell Malaysia Online Store, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia