Harian Metro

Tawar kuota Internet sehingga 15GB

-

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Bhd (Celcom Axiata) menerusi pelan prabayar utamanya Xpax memperkena­lkan Pelan Internet Xpax terkini yang menawarkan sehingga 15GB kuota Internet tanpa pembahagia­n bersama Music Walla dan Video Walla percuma kepada pengguna.

Pelanggan dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingk­atkan untuk melengkapi gaya hidup digital dan mereka boleh memilih empat pelan Internet tambahan iaitu Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Minggunan RM6 (500MB) atau RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan berharga RM79 (15GB dengan Music Walla Percuma serta 15GB Video Walla).

Ketua Pegawai Pemasarann­ya Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Pelan Internet Xpax juga termasuk pelan sedia ada iaitu pelan harian pada harga RM3 (1GB), Pelan Mingguan RM10 (2GB), Pelan Internet Bulanan berharga RM30 (5GB) dan RM50 (10GB) yang didatangka­n bersama Music Walla percuma tanpa had.

Beliau berkata, selain itu, tiga lagi ciri tambahan bagi pelan bulanan Xpax iaitu

Late Night Internet dengan kuota Internet 15GB, Facebook Walla yang menawarkan Facbook serta penggunaan Twitter, Whatsapp dan

WeChat secara percuma manakala Video Walla ditawarkan 15GB hanya pada harga RM20 saja.

“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman Internet digital yang terbaik dengan rangkaian

Lightning Fast LTE Celcom tanpa bimbang kehabisan kuota data. Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang mengingink­an lebih banyak Internet dengan harga berpatutan,” katanya.

 ??  ?? ZALMAN Aefendy (dua dari kanan) pada majlis pelancaran pelan Xpac baru, semalam.
ZALMAN Aefendy (dua dari kanan) pada majlis pelancaran pelan Xpac baru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia