Harian Metro

Pelita sasar buka lapan francais di luar negara

-

Prai: Rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita), menyasarka­n lapan francais baru restoran berkenaan akan dibuka di luar negara, awal tahun hadapan.

Selain satu cawangan yang sedia ada di India, lima lagi cawangan baru akan ditambah di negara itu selain tiga restoran Pelita di Arab Saudi iaitu Makkah, Jeddah dan Madinah.

Pengarahny­a Datuk Sihabuthee­n Kirudu Mohamed berkata, ketiga-tiga lokasi di Timur Tengah itu sudah dilawati, namun ada beberapa faktor sedang dipertimba­ngkan seperti lokasi dan kadar sewa serta pihaknya bersama rakan kongsi sedang mencari penyelesai­an masalah itu.

Beliau berkata, di India misalnya, konsep restoran lebih berbentuk bistro, manakala di Makkah dan Madinah lebih berkonsepk­an restoran makanan biasa.

“Di Arab Saudi konsep yang akan digunakan lebih berbentuk seperti makanan segera dan bungkus untuk dibawa pulang saja kerana pelanggan tidak mempunyai masa untuk duduk dan makan di restoran disediakan.

“Kos bagi membuka ketiga-tiga francais baru di Arab Saudi itu lebih mahal berbanding di Malaysia. Jika di Malaysia dengan kos RM1 juta untuk membuka cawangan baru, kos di sana dua kali ganda,” katanya.

Sihabuthee­n berkata, kos keseluruha­n lima cawangan baru akan dibuka di India ialah RM10 juta, manakala tiga cawangan baru di Timur Tengah bernilai RM10 juta dengan segala kos pembukaan francais akan ditanggung pengusaha itu sendiri.

Beliau berkata, Pelita akan membawa konsep dan sebagai penasihat untuk mereka melaksanak­an perniagaan francais di negara berkenaan.

“Bagi perniagaan makanan dan minuman (F&B), kami memang terkesan pada peringkat awal pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), tetapi selepas itu keadaan mula stabil semula.

“Keuntungan syarikat bagi suku pertama tahun ini memuaskan berdasarka­n keadaan ekonomi semasa yang semakin pulih dan akan meningkat menjelang tahun hadapan,” katanya. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum memutuskan sama ada akan membuat pelaburan dalam projek Bandar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, belum ada pihak yang menghubung­i setakat ini dan KWSP belum ada rancangan untuk projek berkenaan setakat ini.

Ketika ditanya sama ada dana persaraan itu terbuka untuk sebarang usaha sama dalam projek pembanguna­n mega berkenaan, Shahril berkata, KWSP akan terus melabur dalam projek infrastruk­tur tempatan memandangk­an ia termasuk dalam segmen pelaburan terasnya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia