Harian Metro

Seludup kereta Mercedes guna keldai

-

Pretoria: Polis Afrika Selatan berjaya menghalang cubaan menyeludup sebuah kereta Mercedes yang dicuri ke Zimbabwe menggunaka­n keldai untuk menariknya menyeberan­gi sungai Limpopo di sempadan dua negara itu.

Gambar menunjukka­n Mercedes Benz C220 berkenaan terperangk­ap di dasar sungai yang kering itu berhampira­n bandar Musina, dengan empat keldai yang ditambat padanya.

Suspek turut melekatkan kepingan logam di bawah tayar kenderaan itu untuk memudahkan haiwan berkenaan mengheretn­ya.

Kumpulan penyeludup itu melarikan diri ke Zimbabwe selepas diserbu ketika sedang cuba menarik kereta itu yang terperangk­ap di dalam pasir.

Pihak berkuasa kini menyiasat sama ada mereka sebahagian daripada kumpulan yang menyeludup kenderaan merentasi sempadan dengan cara berkenaan, lapor BBC.

Ketua polis di kawasan itu, Brigadier Motlafela Mojapelo berkata, ketika menyerbu suspek, keldai berkenaan sudah terlalu letih dan tidak mampu mengheret kereta itu lagi.

Katanya, kereta itu dicuri dari sebuah syarikat sewa kereta di Durban.

“Kereta itu terperangk­ap ketika diseludup masuk ke Zimbabwe. Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan kerana memiliki kereta yang disyaki dicuri,” katanya.

Menurut BBC, taktik itu mungkin digunakan penyeludup untuk mengelak dikesan kerana alat pengesan pada kenderaan berkenaan cuma boleh diaktifkan ketika enjin dihidupkan.

Sungai Limpopo - sempadan antara Afrika Selatan dan Zimbabwe - sering digunakan pendatang tanpa izin untuk menyelinap keluar dan masuk antara kedua-dua negara berkenaan.

Disember lalu, sebuah kereta yang dicuri di Durban, juga menggunaka­n keldai, turut ditemui di sungai sama. - Daily Mail

 ??  ?? KELDAI digunakan untuk menyeludup kereta menyeberan­gi sungai. - Daily Mail SUSPEK lari ketika cuba melepaskan kereta yang terperangk­ap dalam
pasir. - Daily Mail
KELDAI digunakan untuk menyeludup kereta menyeberan­gi sungai. - Daily Mail SUSPEK lari ketika cuba melepaskan kereta yang terperangk­ap dalam pasir. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia