Harian Metro

Nasib si pencuri

- Agensi Bekasi

Lelaki maut dibakar hidup-hidup selepas ditangkap mencuri di masjid

Orang ramai tidak boleh menjatuhka­n hukuman sendiri kerana Indonesia ada undang-undang untuk menangani jenayah”

Asep Adi Saputra

Seorang lelaki di belasah sebelum dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampung selepas ditangkap mencuri unit pembesar suara di sebuah masjid di sini.

Media tempatan melaporkan, kejadian kejam itu berlaku Rabu lalu di sebuah masjid di kampung Suka Tenang di Bekasi, Jawa Barat.

Lelaki yang dikenali sebagai MA dan berusia 30 tahun dilaporkan dilihat penduduk cuba mengambil alat pembesar suara di masjid berkenaan.

MA cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tetapi berjaya ditangkap dan dibelasah penduduk yang mengejarny­a.

Beberapa penduduk kemudian menyimbah lelaki itu dengan petrol sebelum membakarny­a hingga mati.

Rakaman video yang tular di Internet menunjukka­n lelaki itu terbakar di tepi jalan dan dikerumuni penduduk.

Berpuluh-puluh penduduk hanya melihat mayat lelaki itu terbakar dan tiada siapa yang cuba membantu atau berusaha memadamkan api.

Sementara itu, Ketua Polis Bekasi, Asep Adi Saputra memberitah­u, mangsa maut di lokasi kejadian akibat melecur 80 peratus di badan.

Menurutnya, siasatan polis juga mendapati lelaki itu memang cuba mencuri alat pembesar suara berkenaan sekali gus menafikan laporan bahawa penduduk tersilap menuduh mangsa.

“Kami menyiasat kejadian ini dan bakal mengambil tindakan terhadap penduduk yang membelasah sebelum membakar suspek hingga mati.

“Orang ramai tidak boleh menjatuhka­n hukuman sendiri kerana Indonesia ada undang-undang untuk menangani jenayah,” tegasnya.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n mayat suspek dibiarkan terbakar di tepi jalan selepas ditangkap mencuri di sebuah masjid di Bekasi. - Agensi
METRO
HARIAN
GAMBAR menunjukka­n mayat suspek dibiarkan terbakar di tepi jalan selepas ditangkap mencuri di sebuah masjid di Bekasi. - Agensi METRO HARIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia