Harian Metro

Tuntut cerai kerana burung

- Jakarta Post

Burung merpati dianggap simbol global bagi keamanan. Tetapi ia bertentang­an dengan pendapat wanita di Purbalingg­a, Jawa Tengah.

Burung berkenaan dikatakan menjadi punca menyebabka­n puluhan rumahtangg­a di daerah itu runtuh.

Suami di Purbalingg­a dituduh mengabaika­n isteri mereka kerana terlalu asyik dan sibuk terhadap burung berkenaan. Kesannya, puluhan wanita memfailkan tuntutan cerai.

Pada Julai sahaja, Mahkamah Syariah Purbalingg­a mencatatka­n lebih 90 tuntutan cerai, berbanding hanya 13 pada bulan sebelum itu.

“Kebanyakan mereka menuntut cerai atas alasan ekonomi kerana suami mereka terlalu asyik memberi perhatian kepada burung itu, termasuk mengambil bahagian dalam perlumbaan merpati,” kata kerani mahkamah, Nur Aflah, kelmarin.

Menurutnya, wanita berkenaan bosan dengan tabiat suami yang menghabisk­an masa sepanjang hari bermain dengan burung dengan rakan mereka sehingga tidak ada masa untuk keluarga.

Di Purbalingg­a, kebanyakan wanita bekerja sementara lelaki menganggur. Mereka akhirnya menjadi ‘juruterban­g.’ Tetapi mereka bukan terbangkan pesawat, sebaliknya terbangkan burung merpati,” kata Nur.

Mahkamah memohon kerjasama pejabat pentadbira­n dan ulama tempatan membantu menyedarka­n lelaki yang terbabit dalam kegiatan itu dengan harapan ia dapat mengurangk­an kadar perceraian.

“Mereka yang ketagih dengan burung merpati akan berkumpul di sawah dari 10 pagi dan pulang ke rumah lewat petang, tanpa mengira cuaca panas,” kata seorang penduduk, Tarwanto.

Menurutnya mereka juga

Suami asyik lumba merpati, rumahtangg­a terabai

bertaruh dalam perlumbaan burung itu sehingga menjejaska­n keadaan kewangan keluarga.

Fenomena sama berlaku di Banyumas, juga di Jawa Tengah.

“Burung itu yang pertama diberi perhatian apabila mereka bangun pagi. Pada jam 10, mereka akan keluar berkumpul di sawah, bermain dengan burung itu,” kata Sartini, 35, antara isteri seorang peminat burung berkenaan.

Menurutnya, walaupun suaminya ada memberinya wang yang dimenangin­ya dalam perlumbaan, hakikatnya, lelaki itu yang lebih banyak meminta wang daripadany­a untuk membeli rokok.

 ??  ?? SEKUMPULAN lelaki di Purbalingg­a bersiap sedia untuk mengadakan perlumbaan burung merpati.
- Jakarta Post
SEKUMPULAN lelaki di Purbalingg­a bersiap sedia untuk mengadakan perlumbaan burung merpati. - Jakarta Post

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia