Harian Metro

Dua maut dirempuh pesawat ringan

-

Lisbon: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun dan seorang lelaki dewasa maut selepas dirempuh sebuah pesawat kecil yang melakukan pendaratan cemas akibat kerosakan enjin di pantai yang dipenuhi orang ramai yang berjemur.

Dalam kejadian itu, pesawat berkenaan dilaporkan tidak mengeluark­an bunyi kuat sebelum mendarat selepas dilihat terbang rendah ketika ratusan orang berada di pantai Sao Joao da Caparica, kata saksi.

Pengunjung, Enrique Coelho berkata, ketika itu dia bermain pasir dengan anak lelakinya.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Kami semua tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamat­kan diri,” katanya kepada rangkaian berita SIC Noticias.

Komander pelabuhan Lisbon, Jose Isabel berkata, mangsa dirempuh pesawat berkenaan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berada bersamanya ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua penumpang pesawat ringan itu yang juga tidak cedera ditahan polis.

Pesawat Cessna CS-AVA itu disewa sekolah latihan penerbanga­n Aviacao Aerocondor di Cascais, bandar tepi pantai berhampira­n Lisbon, kata institusi itu dalam satu kenyataan.

“Pesawat itu menjalanka­n latihan penerbanga­n membabitka­n seorang pelajar dan jurulatih berpengala­man,” katanya.

Dalam rakaman yang disiarkan stesen televisyen Portugal, jurulatih terbabit didengar memaklumka­n menara kawalan bahawa pesawat itu mengalami kerosakan enjin dan akan melakukan pendaratan cemas.

Siaran berita turut menunjukka­n rakaman di tempat kejadian dengan orang ramai mengepung pesawat itu dan memarahi dua penumpangn­ya. - AFP

 ??  ?? POLIS memeriksa pesawat ringan itu selepas dua orang terbunuh di Pantai Sao Joao di Almada, Portugal, semalam. - EPA
POLIS memeriksa pesawat ringan itu selepas dua orang terbunuh di Pantai Sao Joao di Almada, Portugal, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia