Harian Metro

Tak dapat terima anak tampan

-

Beijing: Seorang wanita memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerana dipercayai tertukar bayi 28 tahun lalu, dalam kejadian yang cuma disedari selepas mereka membuat ujian DNA disebabkan suaminya curiga anak itu bukan anaknya kerana dia terlalu kacak.

Wanita dikenali sebagai Zhang itu berkata, perkara berkenaan cuma diketahui selepas bekas suaminya mendesakny­a melakukan ujian DNA kerana mengesyaki dia curang sehingga melahirkan anak yang sangat tampan.

Isu itu mencetuska­n masalah dalam rumahtangg­a mereka sehingga pasangan itu bercerai pada 2004 kerana tidak tahan asyik disoal mengenai rupa paras anak mereka.

Zhang percaya anaknya tertukar selepas dilahirkan pada Februari 1989 di hospital di Shanghai.

Kan Kan News melaporkan, bekas suami Zhang yang masih tidak berpuas hati mendesakny­a melakukan ujian DNA pada 2011.

Keputusann­ya tetap sama, si anak tidak ada pertalian dengan pasangan berkenaan.

Anak mereka itu, Wang Ye berkata: “Saya masih tidak dapat menerimany­a. Kami hidup sebagai satu keluarga untuk begitu lama.”

Zhang menuntut ganti rugi 1.3 juta yuan (RM828,000) dari hospital berkenaan dan pada masa sama berusaha untuk menjejaki anak kandungnya dan mencari ibu bapa kandung Wang Ye.

Sementara itu, hospital terbabit dalam kenyataan pada 28 Julai lalu berkata, ia sudah membentuk pasukan untuk menyiasat kes berkenaan.

Pihak hospital juga bersedia bertanggun­gjawab jika siasatan mendapati ia melakukan kesilapan. - Agensi

 ??  ?? WANG Ye
WANG Ye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia