Harian Metro

Hassan ikrar tamatkan pemencilan Iran

- AFP

Teheran: Presiden Iran, Hassan Rouhani berikrar untuk meneruskan usaha menamatkan pemencilan terhadap negara itu ketika dia mengangkat sumpah untuk penggal kedua semalam.

“Kami tidak akan menerima pemencilan,” kata Hassan selepas mengangkat sumpah di hadapan pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dan disaksikan ahli politik dan pegawai tentera di sini.

“Perjanjian nuklear adalah tanda sikap muhibah Iran di pentas antarabang­sa,” katanya yang merujuk perjanjian pada 2015 dengan kuasa besar dunia bagi mengawal program nuklear Iran sebagai tukaran mengurangk­an sekatan.

Namun, majlis itu berlangsun­g kurang 24 jam selepas sekatan terbaru dikuatkuas­akan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengancam untuk menamatkan perjanjian itu.

Pemimpin berfahaman sederhana berusia 68 tahun yang berdepan kritikan daripada anggota konservati­f kerana berusaha menjalin hubungan dengan Barat turut menggesa semua pihak bersatu padu.

“Saya isytiharka­n sekali lagi bahawa pilihan raya sudah tamat. Masa untuk bersatu dan bekerjasam­a kini bermula.

“Saya menghulurk­an tangan kepada semua yang mahukan kejayaan negara ini,” tegasnya.

Antara pemimpin yang hadir ke majlis itu adalah bekas presiden Mahmoud Ahmadineja­d yang dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya lalu. - AFP

Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev menyelar sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) dan menyifatka­nnya sebagai perang ekonomi sepenuhnya terhadap Moscow.

Medvedev berkata, sekatan itu menunjukka­n kelemahan besar Presiden Donald Trump dalam cara yang paling memalukan.

Trump dengan berat hati menandatan­gani sekatan terbaru itu kelmarin, tunduk kepada tekanan dalaman selepas Rumah Putih gagal menghalang rang undang-undang berkenaan.

Medvedev memberi amaran, langkah itu mempunyai kesannya dan berkata, “Ia menamatkan harapan untuk membaiki hubungan kami dengan pentadbira­n baru AS.”

“Kedua, ia satu pengisytih­aran perang ekonomi sepenuhnya dengan Russia,” katanya di laman Facebook

>>Pentadbira­n Trump menunjukka­n kelemahan besar dengan menyerahka­n kuasa eksekutif kepada Kongres

 ??  ?? PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei (kiri) menyerahka­n cop mohornya kepada Presiden Hassan Rouhani (kanan) untuk berkhidmat selama satu penggal lagi. - AFP
PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei (kiri) menyerahka­n cop mohornya kepada Presiden Hassan Rouhani (kanan) untuk berkhidmat selama satu penggal lagi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia